Judul : Pemuda 18 Tahun Dipukul Teruk, Kemaluan Dipintal, Dubur Dimasukkan Dengan Objek Oleh Sekumpulan Bekas Rakan Sekolah Sehingga Koma Dan Mati Otak..
link : Pemuda 18 Tahun Dipukul Teruk, Kemaluan Dipintal, Dubur Dimasukkan Dengan Objek Oleh Sekumpulan Bekas Rakan Sekolah Sehingga Koma Dan Mati Otak..
Pemuda 18 Tahun Dipukul Teruk, Kemaluan Dipintal, Dubur Dimasukkan Dengan Objek Oleh Sekumpulan Bekas Rakan Sekolah Sehingga Koma Dan Mati Otak..
Seorang pemuda berusia 18 tahun didakwa diserang oleh sekumpulan bekas teman sekolah sekitar tengah malam pada hari Sabtu, 10 Jun
Mangsa yang dikenali sebagai T. Nhaveen dipukul sangat teruk sehingga koma.
Doktor yang merawatnya di Unit Rawatan Rapi Hospital Pulau Pinang telah mengisytiharkan mangsa mati otak.
Mati otak ialah satu keadaan di mana seseorang yang koma dan memerlukan alat bantuan pernafasan tetapi sebenarnya telah mati.
Nhaveen, yang bercita-cita menjadi seorang komposer akan mendaftar di sebuah kolej swasta untuk kursus komposisi muzik di Kuala Lumpur.
Menurut laporan, Nhaveen telah diejek oleh dua orang bekas teman sekolahnya, yang berjumpa dengannya di luar Masjid Taman Tun Sardon.
Kedua-duanya itu dilapor pernah membuli Nhaveen di sekolah dahulu kerana "cemburu".
Ketika Nhaveen meminta kedua-duanya untuk berhenti mengejek, mereka menghubungi rakan mereka, dan enam orang terus tiba di tempat kejadian dengan motosikal.
Kemudian, kelapan-lapan mereka mula memukul Nhaveen bersama seorang lagi rakannya, Previin berkali-kali dengan topi keledar.
Salah seorang pemuda kemudian memaksa Nhaveen pergi ke sebuah padang berdekatan Jalan Kaki Bukit. Tidak pasti apa yang sebenarnya berlaku, Nhaveen yang tidak sedarkan diri kemudian dibawa ke Hospital Pulau Pinang pada pukul 2 pagi oleh abang salah seorang penyerang.
Kecederaan Nhaveen menunjukkan bahawa terdapat objek tumpul dimasukkan ke dalam duburnya.
Selain itu, tanda terbakar turut dikesan di belakangnya.
Ibu Nhaveen berusia 43 tahun hanya diberitahu mengenai kecederaan pada dubur dan alat kelamin anaknya sekitar 36 jam selepas dia mula dibawa ke Hospital Pulau Pinang, lapor The Malaysian Insight.
"Alat kelaminnya terpintal. Berita mengenai kecederaan Nhaveen telah menghancurkan hidup ibunya. Dia begitu trauma dengan apa yang telah berlaku. Setelah diisytihar mati otak, ibunya masih boleh menerima kenyataan. Tetapi berita ini, dia tak boleh terima. Kalau dia pulih sekali pun, apa masa depan yang dia ada?" kata bapa saudara Nhaveen.
Ibu Nhaveen, D. Shanti (tengah) ditenangkan oleh ahli kepuarga di Hospital Pulau Pinang.
Ahli keluarga mendakwa pihak Hospital Pulau Pinang gagal memeriksa kecederaan Nhaveen dengan teliti ketika dia dibawa masuk
"Setelah 36 jam dia dihantar ke hospital dan diisytihar mati otak, barulah kami diberitahu dia juga mengalami kecederaan di alat sulit. Kami nak pihak polis beritahu kami apa yang sedang dilakukan, kami nak info terbaru. Perkara sebegini tak boleh berlaku pada orang lain," kata seorang ahli keluarga berumur 35 tahun.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Anuar Omar memberitahu bahawa pihak polis telah menemui keluarga itu untuk memberi penjelasan kepada mereka mengenai penyiasatan yang sedang berjalan.
"Mereka berpuas hati dengan apa yang polis lakukan, tetapi mereka tidak puas hati dengan pihak hospital kerana tidak melakukan pemeriksaan menyeluruh terhadap mangsa ketika dibawa ke sana. Itulah sebabnya mereka memanggil media untuk melaporkan kes ini," kata Anuar.
Polis telah menahan lima pemuda yang terlibat dalam serangan itu
Kesemua mereka berusia di antara 16 hingga 18 tahun dan mengakui melakukan serangan tersebut.
Polis melaporkan kelima-lima pemuda diuji negatif untuk dadah. Walau bagaimanapun, polis belum lagi mengeluarkan nama lima penyerang terbabit.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2scvUNq
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel Pemuda 18 Tahun Dipukul Teruk, Kemaluan Dipintal, Dubur Dimasukkan Dengan Objek Oleh Sekumpulan Bekas Rakan Sekolah Sehingga Koma Dan Mati Otak..
Sekianlah artikel Pemuda 18 Tahun Dipukul Teruk, Kemaluan Dipintal, Dubur Dimasukkan Dengan Objek Oleh Sekumpulan Bekas Rakan Sekolah Sehingga Koma Dan Mati Otak.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pemuda 18 Tahun Dipukul Teruk, Kemaluan Dipintal, Dubur Dimasukkan Dengan Objek Oleh Sekumpulan Bekas Rakan Sekolah Sehingga Koma Dan Mati Otak.. dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/pemuda-18-tahun-dipukul-teruk-kemaluan.html