Judul : Pemangku Raja Pahang, Contoh Majikan Terbaik Terhadap Kakitangan
link : Pemangku Raja Pahang, Contoh Majikan Terbaik Terhadap Kakitangan
Pemangku Raja Pahang, Contoh Majikan Terbaik Terhadap Kakitangan
KUANTAN: "Atas sikap ambil berat, kasih sayang dan prihatin kepada anak buahnya", Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah dan Tengku Puan Pahang, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah bercemar dulu berangkat menziarahi Pegawai baginda, Abdul Rahim Othman (RBO) di Wad IIUM Medical Centre dekat sini baru-baru ini.
Baginda telah meluangkan masa kira-kira 45 minit untuk bertanya khabar dan melihat sendiri anak buahnya itu yang juga Pengarang Portal Diraja Pahang itu yang baru saja menjalani pembedahan bahunya di hospital berkenaan pada Jumaat.
Sikap yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasangan Diraja itu amatlah wajar dijadikan contoh kepada semua majikan terhadap anak-anak buahnya. Sebelum ini, baginda berdua juga telah menziarahi anak beliau Nadiah Shafiqah Abdul Rahim,29, yang menerima rawatan penyakit kanser payu dara di Kuantan Medical Centre (KMC), Kali ini ayahnya pula.
Tuanku Pemangku Raja Pahang adalah contoh terbaik sebagai seorang raja dan majikan yang sentiasa mengambil berat tentang kebajikan kakitangan baginda. Sikap ini jarang sekali dapat kita lihat kepada majikan-majikan hari ini. Ramai dikalangan mereka terlalu menjaga status dan kedudukan. Ia berbeza dengan sikap yang ditunjukkan oleh baginda sendiri. Inilah yang wajar ditiru oleh semua majikan sebenarnya.
Beliau turut merakamkan ribuan terima kasih juga kepada saudara mara dan rakan taulan yang sudi hadir menziarahi beliau ketika berada di wad IIUM Medical Centre baru-baru ini. Difahamkan beliau telah keluar dari wad jam 12,30 tengahari ini (5 Jun 2017). Krew penerbitan pahangdaily mendoakan semoga beliau akan cepat sembuh dan kembali dapat menjalankan tugasnya seperti biasa selepas ini. #pdonews
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel Pemangku Raja Pahang, Contoh Majikan Terbaik Terhadap Kakitangan
Sekianlah artikel Pemangku Raja Pahang, Contoh Majikan Terbaik Terhadap Kakitangan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pemangku Raja Pahang, Contoh Majikan Terbaik Terhadap Kakitangan dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/pemangku-raja-pahang-contoh-majikan.html