Judul : Pemandu Maut Lori Jatuh Gaung Di Limbang
link : Pemandu Maut Lori Jatuh Gaung Di Limbang
Pemandu Maut Lori Jatuh Gaung Di Limbang
MIRI – Seorang pemandu lori maut setelah kenderaan dipandunya terjatuh ke dalam gaung ketika melalui jalan kayu balak di Jalan Mendamit, Kampung Kuala Mendalam di Limbang petang semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Limbang Tawang Lingem berkata, dalam kemalangan pada kira-kira 6 petang itu, mangsa George Inau, 43, sedang dalam perjalanan hendak mengambil batu.
“Ketika kejadian lori tersebut tidak membawa sebarang muatan dan mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum bomba tiba ke lokasi,”katanya ketika dihubungi Bernama.
Katanya, pihaknya menerima panggilan pada 6.30 petang dan sampai ke lokasi kejadian pada 8.50 malam kerana terpaksa melalui jalan balak.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan susulan dan pasukan bomba kembali ke balai pukul 11.07 malam,”katanya. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rbHF4N
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel Pemandu Maut Lori Jatuh Gaung Di Limbang
Anda sekarang membaca artikel Pemandu Maut Lori Jatuh Gaung Di Limbang dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/pemandu-maut-lori-jatuh-gaung-di-limbang.html