Pelakon Hong Kong dikecam menipu diragut di Bentong Pahang

Pelakon Hong Kong dikecam menipu diragut di Bentong Pahang - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pelakon Hong Kong dikecam menipu diragut di Bentong Pahang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pelakon Hong Kong dikecam menipu diragut di Bentong Pahang
link : Pelakon Hong Kong dikecam menipu diragut di Bentong Pahang

Baca juga


Pelakon Hong Kong dikecam menipu diragut di Bentong Pahang

BINTANG filem Hong Kong, Grace Lam mengundang kemarahan MCA yang membidasnya berhubung video palsu yang menggambarkan dirinya dirompak di Bentong, Pahang, kerusi parlimen yang diwakili presiden parti itu, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Bintang filem Hong Kong, Grace Lam

Dalam satu kenyataan media, Majlis Presiden MCA yang bermesyuarat pagi tadi berkata, Lam sebagai tokoh awam telah memaparkan teladan yang tidak baik.

“Dengan berbuat demikian, beliau telah mencemarkan imej dan reputasi Bentong serta Malaysia. Walaupun beliau kemudiannya memohon maaf, ia gagal membaiki kerosakan yang dilakukannya.

“Rakyat tempatan negara ini tidak terkecuali daripada undang-undang jika mereka membuat berita palsu untuk kepentingan politik, dan perkara sama harus dikenakan ke atas warga asing yang melanggar undang-undang dan norma kesopanan.

“Pada masa yang sama, MCA juga menggesa rakyat supaya sentiasa berwaspada terhadap berita palsu,” katanya.

Majlis itu juga kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak-pihak tertentu yang mencetuskan berita palsu mengenai aktiviti sesuatu jenayah kerana ini adalah tidak adil kepada pihak penguatkuasaan yang bertungkus-lumus menjalankan kewajipan mereka.

Bagi Lam, menurut MCA, terpulang kepada jabatan imigresen menentukan sama ada sekatan atau larangan perjalanan dikenakan ke atasnya berdasarkan Akta Imigresen.

“Jabatan Imigresen, yang mempunyai kuasa untuk menyiasat di bawah Akta Imigresen, perlu membincangkan sama ada untuk menghalang kemasukan Lam atau tidak. Pihak polis juga perlu menyiasatnya atas dakwaan fitnah jenayah dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu, presiden MCA menyokong saranan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar supaya Lam disenaraikan sebagai individu yang tidak diundang ke Malaysia.

“Menyenarai hitam beliau adalah tindakan yang betul,” kata Liow.

Sabtu lalu, Lam semasa menggunakan rakaman langsung di Facebook di Bentong, memperlihatkan seorang lelaki secara tiba-tiba merampas beg tangannya.

Beliau didakwa memberitahu akhbar Hong Kong bahawa pengurus dan seorang rakan tempatan berjaya mengejar lelaki itu dan mendapat semula baranganya.

Bagaimanapun, beliau kemudian meminta maaf di Facebook dan memaklumkan bahawa kejadian itu adalah satu “salah faham” tetapi tidak menjelaskan lebih lanjut.

Rakan tempatannya kemudian mengesahkan bahawa kes ragut itu sebenarnya dirancang.

Sumber: Mynewshub

Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sCHeSV

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel Pelakon Hong Kong dikecam menipu diragut di Bentong Pahang

Sekianlah artikel Pelakon Hong Kong dikecam menipu diragut di Bentong Pahang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pelakon Hong Kong dikecam menipu diragut di Bentong Pahang dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/pelakon-hong-kong-dikecam-menipu_57.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :