Judul : Pasangan Suami Isteri Ini Menyimpan Mayat Bayi Perempuannya Selama 16 Hari Kerana Terlalu Sedih Untuk Melepaskannya..
link : Pasangan Suami Isteri Ini Menyimpan Mayat Bayi Perempuannya Selama 16 Hari Kerana Terlalu Sedih Untuk Melepaskannya..
Pasangan Suami Isteri Ini Menyimpan Mayat Bayi Perempuannya Selama 16 Hari Kerana Terlalu Sedih Untuk Melepaskannya..
Tiada ungkapan dapat diluahkan atas pemergian orang tersayang. Kesedihan itu satu keperluan untuk pulih. Apabila bayi pasangan ini menyerah pada takdirnya, mereka perlu mencari cara dan jalan bagaimana untuk menangani kehilangan itu secara personal.
Atilla dan Charlotte Szakacs, berkahwin pada tahun 2015 dan telah mencuba hamil lebih daripada setahun sehingga mereka mendapat berita gembira akan melahirkan sebelum ulangtahun kelahiran Charlotte yang ke 21 pada 29 April .
Selepas lebih setahun mencuba, pasangan ini mendapat berita Charlotte telah hamil.
Kehamilan Charlotte adalah normal pada mulanya sehingga pasangan ini mendapat tahu pada minggu ke-20 yang bayi dalam kandungan, yang diberi nama Evlyn itu menghadapi kelemahan kromosom abnormal.
Charlotte perlu menjalani pemeriksaan dan scan setiap dua minggu dan bayinya perlu dilahirkan dengan kaedah caesarean tatkala perjalanan darah di dalam urinya mulai gagal.
Apabila Evlyn dilahirkan, beratnya hanya 5 paun 5 auns, otaknya tidak berkembang dan mempunyai ruang yang sempit dalam paru-paru dan hidungya.
Ini bermakna bayi ini tidak dapat bernafas dengan sendirinya dan pembedahan jantung adalah mustahil serta sangat rumit untuknya bertahan.
Bayi perempuan yang malang ini akhirnya meninggal dunia selepas bertarung nyawa dengan keadaan kesihatannya yang sangat merosot itu selama 4 minggu. Ibu bapanya berasa amat pilu dan sedih akan pemergian bayi mereka ini.
Bagaimanapun, Evlyn disimpan dalam ‘katil bayi’ yang disejukbeku dan pasangan ini membawa pulang bayi mereka selama empat hari sebelum dikebumikan.
Charlotte berkata:
“Ramai orang tidak pernah mendengar yang ibu bapa tidak dapat meluangkan masa bersama bayi mereka dan ada ibu yang datang kepada saya berkata mereka berfikiran ia akan membantu jadi saya ingin membangkitkan kesedaran ini.”
“Saya tahu kemungkinan ini bukan satu pilihan terbaik pada semua tetapi bagi kami, adalah sangat penting meluangkan masa sebagai satu keluarga dengan hanya memeluk erat bayi kami dengan baik.”
“Saya berfikir meluangkan masa dengannya akan memberi banyak perbezaan. Dengan berbuat begitu banyak perkara boleh dibayangkan seperti membawanya bersiar-siar dengan kereta tolak dan secara emosinya ia agak membantu.
“Saya agak gemuruh apabila membawanya ke rumah kerana tidak tahu adakah betul tindakan kami ini tetapi sebenarnya agak baik membawanya ke sana.”
“Dan bukan sahaja kami, tetapi juga Evlyn jadi dia patut pulang ke rumahnya.”
Sementara itu, Ketua Eksekutif pusat kelahiran neonatal dan kematian bayi Sands, Dr Clea Harmer menyatakan :
“Kami amat bersedih dan mengucapkan takziah atas kehilangan dan pemergian bayi Evlyn pada ibupanya.
“Katil bayi yang sejuk itu membolehkan ibubapa Evlyn meluangkan lebih masa bersama bayi perempuannya itu selepas meninggal dunia. Ada ibu bapa memberitahu kami apabila meluangkan masa dengan bayi mereka yang telah meninggal dunia di rumah atau di hospital dapat membantu mereka menghadapi proses pemulihan dalam kesedihan.
“Saya menggalakkan agar sesiapa yang telah terkesan dengan kematian seperti ini datang menghubungi kami.”
Pelik rasanya. Akan tetapi itulah salah satu cara antara ibu bapa yang sedang bersedih dan berdukacita menghadapi kenyataan akan kematian bayi mereka.
Sebelum menghantar bayi mereka pergi buat selamanya, mungkin tiada salah sedikit masa diambil meluangkan saat-saat terakhir sebelum selamanya tidak dapat berbuat begitu lagi pada bayi mereka yang telah pun pergi.
Semoga pasangan ini tidak lagi bersedih dan berdukacita, sehingga dikurniakan cahayamata baru selepas ini.
Kredit:Era Baru
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sAd2a3
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel Pasangan Suami Isteri Ini Menyimpan Mayat Bayi Perempuannya Selama 16 Hari Kerana Terlalu Sedih Untuk Melepaskannya..
Sekianlah artikel Pasangan Suami Isteri Ini Menyimpan Mayat Bayi Perempuannya Selama 16 Hari Kerana Terlalu Sedih Untuk Melepaskannya.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pasangan Suami Isteri Ini Menyimpan Mayat Bayi Perempuannya Selama 16 Hari Kerana Terlalu Sedih Untuk Melepaskannya.. dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/pasangan-suami-isteri-ini-menyimpan_3.html