Pahang Paling Tinggi, Pulau Pinang Pula Tidak Pernah Sentuh Walau Seinci

Pahang Paling Tinggi, Pulau Pinang Pula Tidak Pernah Sentuh Walau Seinci - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pahang Paling Tinggi, Pulau Pinang Pula Tidak Pernah Sentuh Walau Seinci, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pahang Paling Tinggi, Pulau Pinang Pula Tidak Pernah Sentuh Walau Seinci
link : Pahang Paling Tinggi, Pulau Pinang Pula Tidak Pernah Sentuh Walau Seinci

Baca juga


Pahang Paling Tinggi, Pulau Pinang Pula Tidak Pernah Sentuh Walau Seinci

Pahang Paling Tinggi, Pulau Pinang Pula Tidak Pernah Sentuh Walau Seinci

Statistik berhubung penerokaan hutan simpan kekal dalam tempoh 10 tahun menunjukkan satu-satunya negeri yang tidak pernah menggunakan kawasan hutan simpan di Semenanjung Malaysia adalah Pulau Pinang. (Gambar: flickr)

Sebanyak 544,011 hektar kawasan hutan simpan kekal diteroka untuk tujuan pembangunan hanya dalam tempoh 10 tahun menimbulkan persoalan sejauh mana keprihatinan masyarakat negara ini untuk mengekalkan khazanah alamnya.

Pelbagai kepentingan untuk mengekalkan hutan simpan termasuk bagi melestarikan habitat haiwan liar yang semakin terancam tetapi jauh lebih penting adalah fungsinya sebagai kawasan tadahan hujan kepada manusia.

Bayangkan kehidupan manusia tanpa air sekiranya semua hutan yang berperanan sebagai kawasan tadahan hujan ini dimusnahkan. Adakah manusia mampu hidup dengan sempurna walau sehari tanpa air yang boleh diminum?

Selain itu, hutan simpan kekal turut berfungsi sebagai sinki yang utama kepada ekosistem berikutan aktiviti manusia seperti pengunaan kenderaan dan operasi kilang-kilang melepaskan karbon dioksida ke atmosfera.

Negeri mana paling 'botak'?

Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, statistik Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia menunjukkan Pahang mencatatkan peratusan tertinggi penerokaan kawasan hutan simpan kekal dari tahun 2006 hingga 2015 iaitu seluas 161,379 hektar. Ia diikuti Kelantan (157,919), Perak (74,032), Terengganu (61,741), Johor (38,154), Kedah (32,742), Negeri Sembilan (11,740), Selangor (5,882) Melaka (255) dan Perlis (167).

Guan Eng berbangga kerana statistik berhubung penerokaan hutan simpan kekal dalam tempoh 10 tahun itu menunjukkan satu-satunya negeri yang tidak pernah menggunakan kawasan hutan simpan di Semenanjung Malaysia adalah Pulau Pinang.

"Kerajaan Pulau Pinang tidak pernah menyentuh walau seinci hutan simpan kekal berdasarkan statistik dalam tempoh 10 tahun ini. Pahang paling banyak menebang hutan simpan seluas 161.379 hektar dalam tempoh 10 tahun diikuti Kelantan 157.919 hektar dan Perak 74.032 hektar. Malah, Perlis (sebuah negeri yang kecil) menebang 167 hektar hutan simpan," katanya.

Keluasan hutan simpan kekal

Faktor kemusnahan hutan simpan?

Guan Eng berpandangan Malaysia masih mampu menyelamatkan kawasan hutan sekiranya ada komitmen daripada semua pihak termasuk masyarakat dan pihak berkuasa bagi memastikan udara dan air kekal bersih.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Mei tahun lalu turut mendedahkan kawasan Hutan Simpan Kekal di Kuala Lumpur telah berkurangan 37.83 hektar daripada 106.10 hektar sejak mula diwartakan kepada 68.27 hektar.

Kehilangan tersebut berlaku berikutan keperluan terdesak pembangunan tanah terutamanya atas tujuan pembangunan jalan dan infrastruktur.

Bagaimanapun, Kerajaan Pusat sememangnya tidak menggalakkan hutan simpan kekal digunakan untuk sebarang projek pembangunan tanah walaupun pihak berkuasa negeri boleh berbuat demikian mengikut Seksyen 11 Akta Perhutanan Negara 1984.

“Mereka perlu gantikan serta-merta (hutan simpan) selaras dengan Seksyen 12 akta yang sama," katanya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2seMGhA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel Pahang Paling Tinggi, Pulau Pinang Pula Tidak Pernah Sentuh Walau Seinci

Sekianlah artikel Pahang Paling Tinggi, Pulau Pinang Pula Tidak Pernah Sentuh Walau Seinci kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pahang Paling Tinggi, Pulau Pinang Pula Tidak Pernah Sentuh Walau Seinci dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/pahang-paling-tinggi-pulau-pinang-pula.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :