Judul : N.Sembilan Umum Sagu Hati RM500 Untuk Penjawat Awam
link : N.Sembilan Umum Sagu Hati RM500 Untuk Penjawat Awam
N.Sembilan Umum Sagu Hati RM500 Untuk Penjawat Awam
SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini mengumumkan sagu hati RM500 untuk kesemua 6,323 penjawat awam di negeri ini bersempena Aidilfitri.
Beliau berkata sagu hati itu keseluruhannya berjumlah RM3.16 juta akan dinikmati oleh penjawat awam yang bertaraf tetap, kontrak dan sambilan. Ia akan dibayar bersama gaji pada 15 Jun ini.
“Ia juga akan diberi kepada kakitangan agensi, anak syarikat kerajaan negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan. Kita telah lulus (pemberian sagu hati) dalam mesyuarat tadi,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Wisma Negeri di sini, hari ini.
Dalam pada itu, beliau menasihatkan semua penjawat awam supaya berbelanja dengan berhemah ketika sambutan Aidilfitri supaya tidak mengalami masalah kewangan selepas sambutan perayaan itu.
“Mereka yang ada keluarga, ada anak-anak sekolah harap dapat urus kewangan dengan baik… berbelanjalah yang sepatutnya supaya tidak alami masalah kewangan selepas hari raya kelak,” katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata sebanyak 15 kawasan di seluruh negeri dikenal pasti sebagai lokasi yang mengalami tekanan air rendah terutamanya di kawasan-kawasan yang tinggi, pada setiap kali Aidilfitri.
“15 hotspot ini telah kita ambil langkah di mana kita pasang valve (injap) yang mana jika kurang tekanan ia akan menambah tekanan air di situ. Ini kita jangka akan dapat berikan tekanan yang baik di kawasan-kawasan yang dahulunya pada hari raya akan mengalami masalah air,” katanya.
Mohamad berkata selain itu, Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) juga akan menyediakan lori tangki jika berlaku masalah yang memerlukan tindakan segera.
“Setiap daerah akan ditugaskan seramai 30 orang untuk bertugas pada hari raya pertama hingga ketiga untuk memberi segala bantuan yang diperlukan berkenaan masalah bekalan air,” katanya. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rKcoYv
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel N.Sembilan Umum Sagu Hati RM500 Untuk Penjawat Awam
Anda sekarang membaca artikel N.Sembilan Umum Sagu Hati RM500 Untuk Penjawat Awam dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/nsembilan-umum-sagu-hati-rm500-untuk.html