Netizen Kongsi Kisah Sedih Bapa Lanjut Usia Jaga Dua Anak OKU, Pakai Pampers Berulang Kali

Netizen Kongsi Kisah Sedih Bapa Lanjut Usia Jaga Dua Anak OKU, Pakai Pampers Berulang Kali - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Netizen Kongsi Kisah Sedih Bapa Lanjut Usia Jaga Dua Anak OKU, Pakai Pampers Berulang Kali, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Netizen Kongsi Kisah Sedih Bapa Lanjut Usia Jaga Dua Anak OKU, Pakai Pampers Berulang Kali
link : Netizen Kongsi Kisah Sedih Bapa Lanjut Usia Jaga Dua Anak OKU, Pakai Pampers Berulang Kali

Baca juga


Netizen Kongsi Kisah Sedih Bapa Lanjut Usia Jaga Dua Anak OKU, Pakai Pampers Berulang Kali

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Dalam pada kita sibuk dengan persiapan Aidilfitri, kita kadang-kadang terlupa akan mereka yang kurang bernasib baik. Bagaimana agaknya mereka menyambut Aidilfitri tahun ini?



Semalam tular beberapa keping gambar di laman Facebook berkongsi kisah seorang bapa lanjut usia menjaga dua orang anak Orang Kurang Upaya (OKU) dalam keadaan uzur dan serba kekurangan.

Sumber: Facebook

Abdul Rahman Jusoh, 73, mempunyai dua orang anak OKU yang telah disahkan mempunyai masalah fizikal dan pembelajaran. Dia membesarkan kedua-dua anaknya itu di Kampung Paya Mengkuang Ladang, Temerloh dengan keadaan pendapatan yang tidak menentu, lapor Sinar Harian.

Sumber: Facebook

Kisah sedih Abdul Rahman ini pada awalnya didedahkan oleh sekumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka sebagai geng ‘pencuci dosa’ yang diketuai oleh Al-Fadhil Khidir, pemilik syarikat pelancongan Kembara Sufi Travel dan Tour Sdn Bhd.

Menurut Fadhil, salah seorang anak Abdul Rahman, Musa Abdul Rahman terpaksa diletakkan di dalam kandang kayu kerana badannya akan terkulai tanpa sokongan.

Sumber: Facebook

Lebih menyedihkan apabila Musa terpaksa dibiarkan begitu sahaja disebabkan kecacatan fizikalnya yang tidak mampu menyokong kepala dan badannya sendiri.



Tidak cukup dengan itu, Musa juga terpaksa memakai lampin pakai buang berulang kali kerana Abdul Rahman tidak mampu menampung wang yang lebih untuk membeli lampin pakai buang yang baru. Sedihnyaa…. 

Sumber: Facebook

“Kulit kaki pun dah berkudis, ada kulit yang tercabut bila digaru. Lampin pakai buang terpaksa guna berulang kali yang jadi punca dia berkudis,” tambah Fadhil.

Apa yang dibimbangnya kini, bagaimanalah nasib anak OKU tersebut jikalau bapanya tiada nanti.

Perkongsian tersebut rata-rata telah menyentuh hati netizen yang kasihan melihat nasib anak-anak OKU tersebut. Malah ada juga yang bermurah hati untuk memberikan bantuan kerusi roda dan lain-lain alat bantuan OKU secara percuma.

Sumber: Facebook

Netizen juga mempersoal peranan ketua kampung, ahli parlimen dan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dalam memantau kehidupan golongan asnaf dan OKU seperti ini.



Apa peranan ketua kampung sana? Ahli parlimen sana tak main peranan ke? Mana pengurus zakat, tak cari ke asnaf-asnaf macam ini? Macam ini patut dapat zakat.”

Susah yang amat-amat susah. Recycle pampers… Come on lah! Ada nombor akaun ke apa ke? 100 orang kali RM10 seorang dah seribu. Duit raya. Boleh pakai baju cantik-cantik. Kerusi roda tu minta dengan kerajaanlah. Mana JKKKKKK, tidur ke apa?”

Kan netizen dah marah-marah…

Diharapkan keluarga ini mendapat bantuan yang sewajarnya daripada pihak berwajib. Nak salahkan badan kerajaan dan NGO sepenuhnya pun tak boleh juga. Mungkin mereka terlepas pandang.

Marilah kita bersangka baik di bulan Ramadan ini. Komen yang murni saja ye 😉

Baca: Warga Emas Gigih Jual Rebung Untuk Tanggung Tiga Anak OKU di Kangar

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sMUJCP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel Netizen Kongsi Kisah Sedih Bapa Lanjut Usia Jaga Dua Anak OKU, Pakai Pampers Berulang Kali

Sekianlah artikel Netizen Kongsi Kisah Sedih Bapa Lanjut Usia Jaga Dua Anak OKU, Pakai Pampers Berulang Kali kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Netizen Kongsi Kisah Sedih Bapa Lanjut Usia Jaga Dua Anak OKU, Pakai Pampers Berulang Kali dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/netizen-kongsi-kisah-sedih-bapa-lanjut.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :