Najib bayar RM325 ribu elak jumpa Anwar

Najib bayar RM325 ribu elak jumpa Anwar - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Najib bayar RM325 ribu elak jumpa Anwar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Najib bayar RM325 ribu elak jumpa Anwar
link : Najib bayar RM325 ribu elak jumpa Anwar

Baca juga


Najib bayar RM325 ribu elak jumpa Anwar

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengupah seorang peguam dengan yuran perkhidmatan sebanyak RM325,188 semata-mata untuk mengelak daripada bertemu Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah.

Menurut Rafizi, jumlah hampir suku juta ringgit itu dibayar kepada peguam Datuk Ghazi Ishak dari Tetuan Salehuddin Saidin & Associates untuk mengenepikan sapina Anwar terhadap Najib.

Katanya, butiran pembayaran yang dibuat pada 2011 itu adalah berdasarkan kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dimuatnaik ke blog pembocor rahsia SPRMInsider.

“Mukasurat 10 hingga 11, di bawah Perbelanjaan Tahun 2011-2013 melalui cek, penerima nombor 7 yang disenaraikan ialah Ghazi Ishak.

“Perkara ini disahkan SPRM berdasarkan keterangan yang diambil dari Datuk Salehuddin sendiri, yang ditandakan sebagai saksi A21 di dalam kertas siasatan tersebut.

“Bayaran sebanyak RM325,188 kepada Ghazi itu adalah berhubung khidmat guaman mewakili Najib dalam kes 44-264-09/2011 di Mahkamah Tinggi Jenayah (3) Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Rafizi, beliau menyemak nombor kes 44-264-09/2011 Mahkamah Tinggi Jenayah di laman www.kehakiman.gov.my dan mendapati kes itu merujuk kepada permohonan Najib untuk mengenepikan sapina terhadapnya dalam kes Fitnah II.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, bukti tersebut juga berpadanan dengan laporan MStar bertarikh 6 Oktober 2011 termasuk nama peguam mewakili Najib iaitu Ghazi.



Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel Najib bayar RM325 ribu elak jumpa Anwar

Sekianlah artikel Najib bayar RM325 ribu elak jumpa Anwar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Najib bayar RM325 ribu elak jumpa Anwar dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/najib-bayar-rm325-ribu-elak-jumpa-anwar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :