Mohd Anas saman fitnah Muhyiddin RM10j

Mohd Anas saman fitnah Muhyiddin RM10j - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mohd Anas saman fitnah Muhyiddin RM10j, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mohd Anas saman fitnah Muhyiddin RM10j
link : Mohd Anas saman fitnah Muhyiddin RM10j

Baca juga


Mohd Anas saman fitnah Muhyiddin RM10j

Mohd Anas Sudin
Bekas Ketua Aktivis Bersatu Negeri Sembilan, Mohd Anas Sudin memfailkan saman fitnah sebanyak RM10 juta terhadap Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini.
 
KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Aktivis Bersatu Negeri Sembilan, Mohd Anas Sudin memfailkan saman fitnah sebanyak RM10 juta terhadap Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas dakwaan memfitnahnya dalam satu sidang media di Lobi Parlimen dua bulan lepas.

Mohd Anas selaku plaintif memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui peguamnya Hazwan Mohd Nor dengan menamakan bekas Timbalan Perdana Menteri sebagai defendan.

Melalui penyataan tuntutan, Mohd Anas berkata, beliau telah mengadakan satu sidang media bagi mengumumkan bahawa seramai 500 ahli Bersatu diketuai dirinya keluar daripada parti berkenaan pada 28 Mac kerana tidak berpuas hati terhadap kepimpinan defendan kerana mengamalkan konsep kronisme.

Menurutnya berikutan kenyataan tersebut, defendan mengadakan satu sidang media pada 6 April sebagai menjawab soalan wartawan berhubung tindakan keluar parti.

"Kenyataan defendan jelas merujuk kepada plaintif dengan menuduh plaintif menjadi ahli PKR sebelum keluar dari Bersatu.

Kenyataan itu merupakan fitnah yang memalukanya secara peribadi sehingga ada menggelarnya lalang dan tupai," katanya.

Dakwa plaintif, kenyataan defendan menggambarkan dirinya pengkhianat, tiada jati diri, tidak berprinsip, dan tiada integriti dalam Bersatu.

Selain itu, katanya tindakan defendan didorong niat jahat telah mencetuskan kebencian umum ahli Bersatu dan mencetus kemarahan umum hingga merendahkan taraf plaintif

Sehubungan itu, plaintif menuntut gantirugi am sebanyak RM10 juta, gantirugi teruk, gantirugi teladan, faedah dan kos selain perintah injunksi bagi menghalang defendan daripada menerbit atau menyiarkan semula kenyataan fitnah tersebut.



Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel Mohd Anas saman fitnah Muhyiddin RM10j

Sekianlah artikel Mohd Anas saman fitnah Muhyiddin RM10j kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mohd Anas saman fitnah Muhyiddin RM10j dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/mohd-anas-saman-fitnah-muhyiddin-rm10j.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :