Judul : Misbun Kembali Tetapi Bersyarat
link : Misbun Kembali Tetapi Bersyarat
Misbun Kembali Tetapi Bersyarat
Datuk Misbun Sidek hampir 90 peratus akan kembali ke Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berperanan sebagai jurulatih peribadi khas untuk jaguh perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei.
Berdasarkan perkembangan terbaru, difahamkan Misbun sudah bertemu dengan Presiden BAM Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria kelmarin dan perbincangan itu berjalan lancar serta hampir mencapai kata sepakat.
“Komitmen Misbun hanya pada Chong Wei dan jurulatih lain mungkin akan kekal membimbing pemain perseorangan lain. Chong Wei pula berjanji akan memberi komitmen sepenuhnya untuk berlatih di bawah Misbun dan cuba memberikan banyak kejayaan kepada negara,” katanya.
Semalam media melaporkan selepas enam tahun meninggalkan BAM, bekas jurulatih perseorangan negara itu kemungkinan besar akan kembali ke badan induk itu. Khabar angin mula timbul selepas Chong Wei dilihat kerap bertemu Misbun di kediaman legenda badminton negara itu.
Misbun, 57, individu yang bertangungjawab membentuk karier Chong Wei hingga menyaksikan pemain nombor satu dunia itu mencipta pelbagai kejayaan di pentas antarabangsa sebelum meninggalkan BAM pada 2011 kerana difahamkan tidak sehaluan dengan pihak pengurusan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sFj761
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel Misbun Kembali Tetapi Bersyarat
Sekianlah artikel Misbun Kembali Tetapi Bersyarat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Misbun Kembali Tetapi Bersyarat dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/misbun-kembali-tetapi-bersyarat.html