Judul : Minum Jus Buah-Buahan Ketika Sahur Untuk Kekal Cergas
link : Minum Jus Buah-Buahan Ketika Sahur Untuk Kekal Cergas
Minum Jus Buah-Buahan Ketika Sahur Untuk Kekal Cergas
Ketua Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Kuala Lumpur (HKL), Ridzoni Sulaiman berkata, dengan meminum air buah-buahan segar, ia dapat mencegah tubuh daripada mengalami dehidrasi pada bulan puasa ini.
Air buah-buahan ini mengandungi pelbagai jenis nutrien seperti vitamin, potasium dan glukosa, dan berperanan sebagai bekalan tenaga di dalam badan.
Rasa letih, penat dan mengantuk bukannya disebabkan kekurangan makanan tetapi ia adalah disebabkan kuantiti air di dalam badan berada pada tahap rendah.
Bila berlakunya dehidrasi, tubuh kita kehilangan air serta garam galian seperti sodium, potasium, kalsium, fosfat dan sebagainya, sebab itu air memainkan peranan penting di dalam tubuh kita.
Selain meminum air buah-buahan, orang ramai perlu mengelak daripada meminum kopi ataupun teh pada bulan puasa kerana minuman itu mempunyai kesan deuratik.
Minuman tersebut akan merangsang pengeluaran air kencing dan akibatnya, badan akan mengalami dehidrasi dan tekak menjadi sangat haus.
Tubuh badan memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari bagi memastikan sel-sel tubuh dapat berfungsi dengan baik.
Jadi, walaupun pengambilan air yang mencukupi dititikberatkan namun orang ramai turut dinasihat memakan makanan seimbang.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA: Adakah Puasa Menjadikan Kita Lemah?
sumber: mstar
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2snQmdP
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel Minum Jus Buah-Buahan Ketika Sahur Untuk Kekal Cergas
Anda sekarang membaca artikel Minum Jus Buah-Buahan Ketika Sahur Untuk Kekal Cergas dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/minum-jus-buah-buahan-ketika-sahur.html