“Mereka Mengata Kerana Tidak Di Tempat Saya”

“Mereka Mengata Kerana Tidak Di Tempat Saya” - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul “Mereka Mengata Kerana Tidak Di Tempat Saya”, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : “Mereka Mengata Kerana Tidak Di Tempat Saya”
link : “Mereka Mengata Kerana Tidak Di Tempat Saya”

Baca juga


“Mereka Mengata Kerana Tidak Di Tempat Saya”

“MEREKA boleh mengata kerana mereka tidak berada di tempat saya…”
Itu antara luahan bekas anggota kumpulan Elite, Linda Rafar apabila keputusannya untuk menerbitkan sebuah drama bagi mengenang arwah anaknya, Memen cuba dipertikai sesetengah pihak seolah-olah dia belum boleh menerima kehilangan itu.

Linda, 39, berkata, karya Menunggumu Di Pintu Syurga itu perlu divisualkan dalam bentuk drama dan filem untuk berkongsi bagaimana dia mendapat kekuatan menempuh situasi itu.

“Bukan saya tak boleh ‘move on’ dari kesedihan tetapi mewakili insan yang pernah kehilangan orang tersayang, saya terpanggil untuk berkongsi rasa dan mahu mereka lebih kuat menempuh hari-hari mendatang menerusi drama ini.

“Saya berharap selepas ini orang akan tahu tujuan saya menerbitkan drama ini bukan untuk terus meratap pemergian arwah seperti yang diperkatakan, sebaliknya mahu berkongsi bagaimana saya mula mendapat kekuatan menempuh hari-hari tanpa insan tersayang yang pergi secara tiba-tiba,” katanya.

Karya Menunggumu Di Pintu Syurga pernah yang sebelum ini dihasilkan dalam bentuk novel akan diterbitkan sebagai sebuah drama dan filem.

Arwah Memen atau Rezaiman Keifli menghidap ketumbuhan kronik di dalam perut sebelum meninggal dunia pada 5 Julai 2014.

Dalam pada itu Linda atau Azlinda Rafar berkata, bagi menyelami watak arwah anaknya itu agar nampak lebih realistik, beliau sendiri akan mengetuai sesi uji bakat agar pelakon yang dipilih mempunyai persamaan dengan personaliti seiras arwah.

“Benar, saya sendiri akan lakukan uji bakat untuk watak arwah Memen di mana pelakon tersebut harus berusia sekitar 11 tahun, mempunyai bentuk tubuh dan tona suara seperti arwah kerana saya percaya faktor-faktor ini akan memberi lebih feel kepada semua pelakon terutama saya sendiri sebagai ibunya,” kata Linda.

Dalam perkembangan lain, Linda memberitahu dia kini sudah menemui penyanyi untuk berkolaborasi menerusi sebuah lagu yang dicipta khas untuk arwah anaknya itu.

Linda melalui dua kali alam rumah tangga di mana menerusi perkahwinan pertama bersama Keifli Othman, dia dikurniakan dua anak lelaki iaitu Rezaril Keiflin, 17 dan Rezaiman Keiflin, (meninggal pada usia 12 tahun pada 2014).

Manakala perkahwinan kedua bersama pelakon Syed Aiman pada 2 Disember 2006 dan dikurniakan dua anak lelaki iaitu Syed Rezaqiib, 9, dan Syed Rezariiq, 6.

The post “Mereka Mengata Kerana Tidak Di Tempat Saya” appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sLfxq3

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel “Mereka Mengata Kerana Tidak Di Tempat Saya”

Sekianlah artikel “Mereka Mengata Kerana Tidak Di Tempat Saya” kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel “Mereka Mengata Kerana Tidak Di Tempat Saya” dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/mereka-mengata-kerana-tidak-di-tempat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :