“Menantu Rimas BAPA MERTUA Sering Ceroboh Masuk Bilik dengan Alasan Nak Tengok Cucu”

“Menantu Rimas BAPA MERTUA Sering Ceroboh Masuk Bilik dengan Alasan Nak Tengok Cucu” - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul “Menantu Rimas BAPA MERTUA Sering Ceroboh Masuk Bilik dengan Alasan Nak Tengok Cucu”, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : “Menantu Rimas BAPA MERTUA Sering Ceroboh Masuk Bilik dengan Alasan Nak Tengok Cucu”
link : “Menantu Rimas BAPA MERTUA Sering Ceroboh Masuk Bilik dengan Alasan Nak Tengok Cucu”

Baca juga


“Menantu Rimas BAPA MERTUA Sering Ceroboh Masuk Bilik dengan Alasan Nak Tengok Cucu”


MENJALANI kehidupan rumah tangga di rumah ibu bapa bukanlah sesuatu yang mudah dalam hidup pasangan suami isteri.

Si menantu, tidak kira lelaki mahupun perempuan perlu menyesuaikan diri dengan suasana baharu, mengikut acuan yang telah terbentuk sejak sekian lama di rumah ibu dan bapa mertua.

Meskipun berada dalam rumah, menantu perempuan khususnya perlu tahu menjaga batas dan adab, serta aurat terhadap adik-beradik dan ibu bapa mertua.

Di bilik tidurlah merupakan satu-satunya privasi bagi kita, di mana kita bebas berbuat apa sahaja dan berpakaian ‘ikut suka’.

Namun lain ceritanya bagi seorang wanita yang tidak mahu dikenali, yang mengakui tertekan dengan sikap bapa mertua yang gemar ‘menceroboh’ masuk biliknya tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu.

“Saya sudah berkahwin hampir tiga tahun. Sekarang saya tinggal di rumah mertua saya. Saya ada masalah di mana ayah mertua suka sangat masuk bilik saya. Bilik saya baru siap dibuat, pintu tak dipasang lagi.

“Suami sibuk, tak sempat nak beli pintu, jadi saya hanya pasang langsir untuk tutup bilik. Yang saya tak suka, mertua suka sangat selak langsir suka-suka tanpa beri salam terlebih dahulu,” luahnya seperti yang dipetik menerusi laman Facebook Kisah Rumah Tangga, hari ini.

Menurutnya, setiap kali langsir diselak, bapa mertuanya sering memberi alasan untuk mengambil anak yang berada di pegangannya.

“Kadang-kadang dia dah nampak saya baru lepas mandi, dia tetap akan selak langsir semata-mata mahu ambil anak. Situasi begini sudah berlaku banyak kali. Pagi-pagi pun dia akan masuk ke dalam bilik dengan alasan mahu tengok cucu,” katanya lagi.

Tidak tahan dengan situasi sedemikian, dia menyuarakan hasrat untuk hidup ‘berpisah’ daripada keluarga suaminya.

Namun hasratnya itu ditentang ibu mertua yang menghidap pelbagai jenis penyakit.

“Kalau saya keluar, tak ada sesiapa yang akan jaga ibu mertua pula. Sekarang saya mengandung anak kedua dengan usia kandungan lapan bulan dan saya mengalami alahan yang teruk.

“Bila tengah hari, saya akan duduk dalam bilik sebab saya cepat pitam. Bapa mertua pula suka selak langsir bilik semata-mata mahu tahu apa yang saya buat dalam bilik. Saya rasa malu bila orang tengok saya berkemban,” ujarnya lagi.

Katanya lagi, perkara itu sering diajak berbincang bersama suami, namun apa yang balasan jawapan yang diterima agak kurang memuaskan.

“Saya tanya banyak kali pada suami, kenapa ayahnya buat begitu, suami hanya balas ayahnya anggap saya seperti anaknya. Tapi saya tak suka. Kami selalu bergaduh tentang isu sama,” katanya lagi.

Letih dan tertekan dengan kerenah mertua, dia akhirnya nekad mahu meninggalkan rumah mertua dan memulakan hidup di rumah sendiri setelah bersalin dan habis berpantang.

Namun dia bimbang yang ibu mertua atau bapa mertuanya akan berterusan menyatakan bantahan terhadap hasratnya.

“Ibu mertua pula suka masuk campur hal rumah tangga kami.Letih sungguh saya sampaikan hari-hari menangis. Apa patut saya buat?” soalnya buntu.

Sementara itu, menurut kenyataan yang diterbitkan  Bahagian Pengurusan Dakwah,Jabatan Agama Islam Selangor, syarak telah menggariskan golongan yang dianggap sebagai mahram kepada seseorang wanita iaitu suami, ayah,termasuk datuk belah ibu dan bapa dan juga bapa mertua.

Kewajipan menutup aurat di hadapan lelaki bukan mahram adalah amat penting dan perlu dilaksanakan oleh setiap wanita, bagi mengelak berlaku perkara yang tidak diingini seperti rogol dan sebagainya.

Perkara ini terjadi disebabkan memuncaknya nafsu para lelaki akibat dari penglihatan terhadap wanita yang memakai pakaian yang tidak senonoh dan mendedahkan sebahagian tubuh badan mereka.

Wanita yang bersuami pula, dengan terlaksanakan kewajipan ini, akan dapat membantu suami, yang mana dosa seorang isteri yang membuka aurat akan ditanggung oleh suami.

Oleh itu, wanita-wanita perlulah memahami batas-batas aurat ketika berhadapan dengan orang-orang yang tertentu dalam keadaan yang berbeza-beza.

Sumber: Sinar



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rB0x0Z

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel “Menantu Rimas BAPA MERTUA Sering Ceroboh Masuk Bilik dengan Alasan Nak Tengok Cucu”

Sekianlah artikel “Menantu Rimas BAPA MERTUA Sering Ceroboh Masuk Bilik dengan Alasan Nak Tengok Cucu” kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel “Menantu Rimas BAPA MERTUA Sering Ceroboh Masuk Bilik dengan Alasan Nak Tengok Cucu” dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/menantu-rimas-bapa-mertua-sering_30.html

Subscribe to receive free email updates: