MB: "Moratorium" Aktiviti Bauksit Di Lanjut Sehingga PRU14 Tamat !

MB: "Moratorium" Aktiviti Bauksit Di Lanjut Sehingga PRU14 Tamat ! - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MB: "Moratorium" Aktiviti Bauksit Di Lanjut Sehingga PRU14 Tamat !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MB: "Moratorium" Aktiviti Bauksit Di Lanjut Sehingga PRU14 Tamat !
link : MB: "Moratorium" Aktiviti Bauksit Di Lanjut Sehingga PRU14 Tamat !

Baca juga


MB: "Moratorium" Aktiviti Bauksit Di Lanjut Sehingga PRU14 Tamat !


KUANTAN: Tempoh moratorium aktiviti perlombongan bauksit di Kuantan yang sepatutnya berakhir 30 Jun ini, akan dilanjutkan sehingga selesai Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob. 

Beliau menegaskan tindakan melanjutkan tempoh moratorium sehingga tamat PRU14 bukan “permainan politik” dan berharap masyarakat boleh melihat perkara itu daripada sudut lebih luas. “Keputusan ini perlu ditetapkan kerajaan yang memerintah. Mandat yang kita ada ialah sehingga PRU dan selepas itu bergantung kepada kerajaan yang memerintah untuk buat keputusan. Sudah pasti kena tunggu PRU,” katanya kepada pemberita hari ini. 

Beliau berkata, ketetapan itu dipersetujui bersama kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan, memandangkan hal berkaitan bauksit bukan lagi “hak mutlak” kerajaan Pahang, ekoran isu pencemaran yang berbangkit sebelum ini.

“Saya juga suka apabila kerajaan persekutuan bekerjasama membantu menyelesaikan masalah ini. Tapi ini bukan bermaksud saya mahu lepas tangan…tapi saya memang lega apabila mereka bantu. 

“Kita setuju lanjut tempoh moratorium (sehingga PRU), tapi kerajaan negeri serahkan kepada kerajaan persekutuan untuk sebarang keputusan akhir,” katanya. Pada 27 Mac lalu, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengumumkan tempoh moratorium aktiviti perlombongan bauksit yang bermula 15 Januari 2016 dilanjutkan sehingga 30 Jun ini bagi memberi peluang pengusaha menghabiskan baki stok. 

Ditanya dakwaan sesetengah pihak aktiviti perlombongan secara haram berlaku dalam tempoh pelaksanaan moratorium, Adnan berkata, terdapat 2 kemungkinan dalam hal itu. Katanya, kehadiran lori bauskit di jalan raya seperti dakwaan penduduk setempat boleh disebabkan tindakan pengusaha mempunyai permit import khas (AP) bagi menghabiskan baki stok yang dilombong sebelum tempoh moratorium berkuat kuasa.

 “Saya rasa kita juga tidak boleh tolak kemungkinan ada yang melombong secara haram…yang paling saya perhatikan, apabila buat secara sulit, mereka lakukan elok pula. Semasa diberikan kebenaran (melombong), mereka buat sambil lewa sehingga ada pencemaran. “Kita akan siasat, tetapi kuasa (mengeluarkan) AP dan permit penguatkuasaan ada pada menteri dan beliau sentiasa bertanya dengan kerajaan negeri mengenai perkembangan semasa,” katanya. #sumber


Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel MB: "Moratorium" Aktiviti Bauksit Di Lanjut Sehingga PRU14 Tamat !

Sekianlah artikel MB: "Moratorium" Aktiviti Bauksit Di Lanjut Sehingga PRU14 Tamat ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MB: "Moratorium" Aktiviti Bauksit Di Lanjut Sehingga PRU14 Tamat ! dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/mb-moratorium-aktiviti-bauksit-di.html

Subscribe to receive free email updates: