Judul : Marah Motorsikal Tidak Dapat Dihidupkan, Remaja Bakar Ibu Hingga Maut.
link : Marah Motorsikal Tidak Dapat Dihidupkan, Remaja Bakar Ibu Hingga Maut.
Marah Motorsikal Tidak Dapat Dihidupkan, Remaja Bakar Ibu Hingga Maut.
Seorang lelaki tergamak membakar ibu tirinya kerana dia mendakwa bahawa ibunya itu sengaja merosakkan motorsikal miliknya
Makassar - Seorang lelaki tergamak membakar ibu tirinya kerana dia mendakwa bahawa ibunya itu sengaja merosakkan motorsikal miliknya dan kejadian tersebut dikatakan berlaku di sebuah taman perumahan di Makassar, Sulawesi.
Keadaan itu mengakibatkan ibu tirinya, Sania, 40 tahun ,mengalami kecederaan melecur sebanyak 80 peratus yang akhirnya meninggal dunia selepas menjalani rawatan di hospital.
Jenayah kejam itu dilakukan oleh Suanda alias Saiful alias Ipul, 22 tahun, yang terlalu marah kerana motorsikalnya rosak dan tidak dapat dihidupkan. Dia menuduh Sania sengaja merosakkan motorsikal berkenaan.
Saiful kemudiannya mengambil minyak tanah dan menyimbah ke seluruh rumah termasuk perabot dan anggota keluarganya. Adik tirinya, Rana turut disimbah minyak tanah dan kemudian menyalakan api.
Mengikut keterangan daripada salah seorang ahli keluarga mangsa, turut tercedera dalam kejadian tersebut adalah Datuk tirinya Sattu 55 tahun serta adik tirinya Rana yang masih di rawat di hospital.
Difahamkan ketika kejadian Sania cuba memadamkan api yang membakar anaknya Rana dengan cara memeluk anaknya itu menyebabkan dia turut terbakar.
Bapa Saiful ketika ditemui berkata, dia tidak menyangka bahawa anaknya itu tergamak berbuat begitu kerana sebelum ini hubungan mereka amat baik serta tiada sebarang masalah.
Selepas kejadian Saiful dikatakan telah melarikan diri namun begitu tidak lama selepas itu dia telah menyerah diri di balai polis serta mengakui bahawa dia telah membakar keluarga tirinya itu kerana curiga dengan ibu tirinya yang didakwa sengaja merosakkan motor miliknya serta keberatan ibunya yang tidak mahu memberikan duit untuk membaiki motorsikalnya menyebabkan dia merasa begitu marah sehingga sanggup bertindak begitu.-Suara.TV
Mangsa |
Suami mangsa |
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rtIx4V
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel Marah Motorsikal Tidak Dapat Dihidupkan, Remaja Bakar Ibu Hingga Maut.
Sekianlah artikel Marah Motorsikal Tidak Dapat Dihidupkan, Remaja Bakar Ibu Hingga Maut. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Marah Motorsikal Tidak Dapat Dihidupkan, Remaja Bakar Ibu Hingga Maut. dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/marah-motorsikal-tidak-dapat-dihidupkan.html