Malaysia Melahirkan Satu Momentum Kejayaan Masa Depan

Malaysia Melahirkan Satu Momentum Kejayaan Masa Depan - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Malaysia Melahirkan Satu Momentum Kejayaan Masa Depan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Malaysia Melahirkan Satu Momentum Kejayaan Masa Depan
link : Malaysia Melahirkan Satu Momentum Kejayaan Masa Depan

Baca juga


Malaysia Melahirkan Satu Momentum Kejayaan Masa Depan

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata Malaysia telah dapat melahirkan satu momentum yang perlu diteruskan demi untuk kejayaan negara pada masa akan datang.

“Saya nak momentum ini. Kita telah melahirkan momentum ini, jadi kita perlu terus membina (kejayaan) melalui momentum ini,” katanya merujuk kepada penghormatan yang diberikan kepada Malaysia yang menjadi antara lima daripada 51 negara untuk berucap pada Sidang Kemuncak Negara-negara Arab, Islam dan Amerika Syarikat baru-baru ini.

Najib menceritakan pengalamannya menghadiri Sidang Kemuncak bersama Pemimpin Islam Dunia dan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump di Riyadh, Mei lalu di mana Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud memberi peluang kepada beliau untuk menyampaikan ucaptama bagi pihak Malaysia.

Beliau adalah antara pemimpin termasuk Raja Salman dan Trump yang berucap pada persidangan bersejarah mengenai keselamatan dan usaha memerangi keganasan.

Perdana Menteri juga berkata sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, ia akan menepati janji yang dibuat demi kesejahteraan rakyat.

“Kita tidak buat janji kosong. Kita tidak buat sesuatu yang tidak mungkin tidak dapat dilakukan. Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, bila kita janji, kita akan tepati janji kita,” katanya, dengan memberi contoh projek Transit Aliran Massa (MRT) fasa pertama laluan Sg Buloh-Kajang sepanjang 51 kilometer yang akan dilancarkan Julai ini.

Najib turut menyentuh mengenai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang merekodkan pencapaian purata 101 peratus manakala Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) mencatat 110 peratus.

“Kita mesti meneruskan kejayaan dan menambah usaha kita tahun ini sebab saya mahu tahun ini sebagai Tahun Penyampaian di mana kita dapat menunjukkan bahawa sebagai sebuah kerajaan, kita mampu mencapai segala sasaran kita,” katanya pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata pencapaian ekonomi pada suku pertama tahun ini di luar jangkaan iaitu pertumbuhan 5.6 peratus dan nilai eksport negara buat kali pertama dalam sejarah mencatat RM82.83 bilion pada Mac lalu.

Katanya, firma perunding Amerika Syarikat BAV Consulting dan Wharton School, sebuah fakulti perniagan Universiti Pennsylvania, melaporkan bahawa Malaysia berada dalam senarai paling teratas negara terbaik untuk pelaburan.

Perdana Menteri juga menghargai penjawat awam khususnya yang beragama Islam kerana menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan ceria serta menunjukkan pretasi dan nilai kerja yang lebih baik pada bulan Ramadan ini. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s8Jl3k

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel Malaysia Melahirkan Satu Momentum Kejayaan Masa Depan

Sekianlah artikel Malaysia Melahirkan Satu Momentum Kejayaan Masa Depan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Malaysia Melahirkan Satu Momentum Kejayaan Masa Depan dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/malaysia-melahirkan-satu-momentum.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :