Judul : Mak Tak Suka Kucing
link : Mak Tak Suka Kucing
Mak Tak Suka Kucing
Kalau coretan aku ni disiarkan admin, aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak.
Ya tajuk dah jelas Mak aku tak suka kucing. Tapi biar aku cerita sedikit latar belakang keluarga aku.
Aku dah bekerja dan masih tinggal dengan ibu bapaku sebab tempat kerja pun dekat je. Ayah aku pun masih bekerja manakala emakku ialah suri rumah. Ayah aku ni dia suka kucing. Dia ada bela 2 ekor kucing dah 4 tahun lebih bela mereka ni.
Ayah aku tahu mak aku tak suka kucing. Tapi dia tetap nak bela. Aku ni sah-sah lah suka dengan bulu-bulu comel ni. Hahaha.
Okay berbalik pada topik asal. Mak aku ni dia memang tak suka kucing. Bukan sebab allergic ke apa. Dia tak suka sebab katanya kucing ni kotor, menyusahkan dan lain-lain yang tak elok lah.
Mak aku akan membebel kalau kucing tu kencing ke berak atau muntah. (Kucing aku simpan dalam sangkar dan jarang keluar rumah.) Dorang ni jenis bagus sebab berak kencing semua dalam sangkar. Tak reti berak merata sebab dah kena sepak dengan mak aku dulu. Trauma agaknya. Apa lagi aku relax jelah pergi cuci segala najis kucing tu. hahaha dah tanggungjawab kan.
Ya, mak aku kalau orang tak nampak memang dia sepak terajang kucing tu andai kucing tu tak duduk dalam sangkar. Aku pernah nampak banyak kali dah. Aku tegur lah dengan cara elok dek perbuatan mak aku tu.
Aku dapat apa? Sumpah seranah aku dapat. Sumpah aku anak derhaka, tak masuk syurga segala hanya kerana tegur Mak, tak elok buat kucing macam tu. Tak bertegur mak aku dengan aku seminggu. Tak tipu. Seminggu wei. Aku tetap relax je lah, aku ada juga percubaan nak berbual tapi hampa. Aku biarkan jelah mak aku macam tu tapi lepas tu dia sendiri akan borak dengan aku. Ahahhaa.
Kucing aku ni dia makan nasi lauk ikan rebus. Actually kucing aku ni bedal je kalau nasi takde lauk ke asal ada kuah sikit. Itu pun buat mak aku membebel. Dia kata Kau hidup memang nak sara kucing tu ke apa. Banyak kali juga dia kata benda ni tapi lain hari lain masa.
One day, aku penat balik kerja tu, kucing aku dah berak. Aku pun pergi cuci. Tiba-tiba mak aku muncul depan pintu dia cakap Kalau kau lepaskan kucing tu kan senang takyah kau cuci taik dia. Menyusahkan je. Aku kata lah Nanti lepaskan dorang beranak pinak pulak. Biar jelah macam ni. Mak aku kata lagi Eleh kau tu memang kerja nak sara kucing tu. habis duit je menyusahkan semua blablabla .
Aku rasa geram jugak sampai aku kata Ma, kita ada Tuhan. Tuhan maha adil. Kalau kita buat baik, Tuhan balas baik. Murah rezeki kita kalau bela kucing ni. Saya tak rasa terbeban ke penat ke sebab cuci berak kucing ni. Malah saya seronok sambil tersenyum pandang mak aku. Mak aku apa lagi dia sentap terus masuk rumah.
Berapa minit lepas tu aku rasa bersalah. Teruk sangat ke apa aku cakap tadi? Hmm. Aku pun pergi mintak maaf lepas tu tapi mak aku buat tak tahu je. So aku biarkan. Aku mampu berdoa jelah.
Salahkah aku menegur mak aku sebab dia buat salah?? Dia sumpah seranah aku pun bukan pasal benda apa, pasal 2 ekor kucing aku tu je. Lain lah kalau dia sumpah seranah aku pasal aku ni jadi perompak ke aku terima. Salahkah aku? Oh lupa, mak aku masih tak suka kucing. I mean benci.
Sekian sahaja cerita aku. Terima kasih sudi membaca.
P/s:
1) aku ada business online selain makan gaji. Selepas bela kucing ni aku rasa rezeki business aku bertambah murah.
2) sejak aku bela kucing ni, aku rasa happy je.
3) lupa, bukan rezeki aku je, satu family aku murah rezeki. Syukur pada Tuhan.
4) aku guna Tuhan sebab aku non-muslim. Harap tidak mempersoalkan ahhahaha.
5) maafkan aku kalau ayat tunggang langgang. Aku cuma bercerita melalui hati turun ke jari.
Cik Meow
Sumber & Kredit: iiumc
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rVXZu3
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel Mak Tak Suka Kucing
Anda sekarang membaca artikel Mak Tak Suka Kucing dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/mak-tak-suka-kucing.html