Mahkamah tolak rayuan Anwar berhubung hak sebagai pengundi

Mahkamah tolak rayuan Anwar berhubung hak sebagai pengundi - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahkamah tolak rayuan Anwar berhubung hak sebagai pengundi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahkamah tolak rayuan Anwar berhubung hak sebagai pengundi
link : Mahkamah tolak rayuan Anwar berhubung hak sebagai pengundi

Baca juga


Mahkamah tolak rayuan Anwar berhubung hak sebagai pengundi

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung haknya sebagai pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh dua tahun lepas.

Hakim Datuk Umi Kalthum Abdul Majid yang mengetuai panel tiga hakim juga mengesahkan keputusan yang diputuskan Mahkamah Tinggi pada 15 Julai tahun lepas yang menolak saman pemula Anwar yang memohon perisytiharan bahawa beliau mempunyai kelayakan sebagai pengundi pada PRK itu.

"Ini adalah keputusan sebulat suara, rayuan ini ditolak dengan kos," kata Hakim Umi Kalthum yang mendengar rayuan itu bersama-sama Hakim Datuk Vernon Ong Lam Kiat dan Datuk Hasnah Mohammed Hashim.

Beliau memerintahkan Anwar membayar kos RM5,000 kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Anwar merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak tindakan guaman Anwar bagi memohon deklarasi bahawa beliau mempunyai hak untuk mengundi dalam PRK itu, pada 7 Mei 2015.

Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa memandangkan Anwar adalah banduan, SPR tidak mempunyai bidang kuasa untuk membenarkan beliau pergi ke tempat mengundi dan menggunakan haknya untuk mengundi.

MAHKAMAH-ANWAR (SPR) 2 (AKHIR) PUTRAJAYA

Anwar, 69, yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh kerana meliwat pembantu peribadinya, hadir di mahkamah hari ini.

Pada 6 Mei 2015, Anwar yang juga bekas Anggota Parlimen Permatang Pauh, memfailkan saman pemula untuk memohon perisytiharan terhadap hak beliau untuk mengundi seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan.

Selain ganti rugi dan kos, Anwar juga memohon defendan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menguatkuasakan haknya sebagai pengundi.

Dalam afidavit sokongannya, Anwar mendakwa pada 30 April 2015 peguam beliau menghantar surat tuntutan kepada SPR dan Pengerusi SPR ketika itu, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof untuk mendapatkan pengesahan berhubung kelayakan beliau untuk mengundi dalam PRK itu, bagaimanapun tiada jawapan yang diterima daripada mereka.

Beliau mendakwa tindakan SPR dan Abdul Aziz yang tidak membalas surat itu telah menafikan hak beliau sebagai pengundi dan melanggari Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tgTBn9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel Mahkamah tolak rayuan Anwar berhubung hak sebagai pengundi

Sekianlah artikel Mahkamah tolak rayuan Anwar berhubung hak sebagai pengundi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mahkamah tolak rayuan Anwar berhubung hak sebagai pengundi dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/mahkamah-tolak-rayuan-anwar-berhubung.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :