Judul : Lelaki Ini Buat Laporan Polis Kerana Mendakwa Terbeli Beras Plastik Dari Sebuah Pasar Raya
link : Lelaki Ini Buat Laporan Polis Kerana Mendakwa Terbeli Beras Plastik Dari Sebuah Pasar Raya
Lelaki Ini Buat Laporan Polis Kerana Mendakwa Terbeli Beras Plastik Dari Sebuah Pasar Raya
Gambar Beras Hiasan Sahaja. |
Menurut Bhaskaran, pada 30 Mei lalu, dia telah berkunjung ke pasar raya yang popular itu dan membeli sejenis Beras Wangi Siam (Siam Fragrant Rice) seberat 5 kilogram yang berharga RM21.85.
Kata Bashkaran seperti yang dilaporkan kepada pihak polis, setelah memasak beras berkenaan, beliau mendapati beras tersebut sukar untuk dikunyah seperti biasa ketika memakannya. Disebabkan curiga dan rasa ingin tahu, dia telah membakar beras berkenaan serta mendapati beras tersebut berbau seperti plastik.
Bashkaran mengesyaki dan beranggapan beras tersebut adalah beras tiruan yang telah diperbuat daripada plastik.
Kerana tidak berpuas hati dengan keadaan itu, dia telah membuat laporan polis untuk merujuk kes tersebut kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi tindakan yang selanjutnya.
Gambar tersebut telah menarik perhatian netizen dengan ratusan perkongsian yang rata-rata diantara mereka menyuarakan pendapat masing-masing serta turut meluahkan kebimbangan mereka sekiranya termakan beras berkenaan yang dikatakan akan mempunyai kesan sampingan.
Walau bagaimanapun, netizen dinasihatkan agar tidak mempercayai berita ini sebelum mendapatkan pengesahan daripada pihak berkuasa. Namun, sehingga kini masih belum ada mana-mana pihak yang terbabit tampil untuk memberikan penjelasan. Netizen mendesak pihak berkuasa supaya segera mengambil tindakan untuk mendapatkan pengesahan tentang kes ini agar tidak mendatangkan kebimbangan orang ramai. - Koleksi Viral
INFO:
Berikutnya adalah video untuk mengetahui bagaimana dan cara untuk membezakan beras tulen dan beras plastik, serta bagaimana ianya dilbuat.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r7wNEJ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel Lelaki Ini Buat Laporan Polis Kerana Mendakwa Terbeli Beras Plastik Dari Sebuah Pasar Raya
Anda sekarang membaca artikel Lelaki Ini Buat Laporan Polis Kerana Mendakwa Terbeli Beras Plastik Dari Sebuah Pasar Raya dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/lelaki-ini-buat-laporan-polis-kerana.html