Judul : Lelaki berbogel cuba ceroboh rumah dibelasah orang awam sebelum diserahkan ke pihak polis
link : Lelaki berbogel cuba ceroboh rumah dibelasah orang awam sebelum diserahkan ke pihak polis
Lelaki berbogel cuba ceroboh rumah dibelasah orang awam sebelum diserahkan ke pihak polis
PADAWAN 15 Jun – Tindakan seorang lelaki yang berbogel dan cuba menceroboh rumah di Taman Kuching City Mall, Jalan Batu 4 di sini mengundang padah apabila dia dibelasah orang awam sebelum diserahkan kepada polis semalam.
Lelaki berbogel cuba ceroboh rumah dibelasah orang awam sebelum diserahkan ke pihak polis
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, suspek berusia 21 tahun dikatakan menunggang sebuah motosikal dalam keadaan tidak berpakaian sebelum bertindak memanjat pagar sebuah rumah di taman perumahan berkenaan.
Menurut sumber, selepas menyedari kehadiran suspek, penghuni rumah terlibat menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut.
“Bagaimanapun suspek berjaya ditangkap orang awam yang kebetulan melalui kawasan perumahan itu selepas berlakunya pergelutan antara mereka.
“Orang awam kemudian mengikat kaki dan tangan suspek menggunakan tali sebelum menyerahkannya kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis daerah, Superintenden Aidil Bolhassan ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan memberitahu suspek berasal dari Taman Samarindah, Kota Samarahan.
“Suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut dan disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh,” jelasnya.
Sumber: Utusan
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tshcBk
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel Lelaki berbogel cuba ceroboh rumah dibelasah orang awam sebelum diserahkan ke pihak polis
Anda sekarang membaca artikel Lelaki berbogel cuba ceroboh rumah dibelasah orang awam sebelum diserahkan ke pihak polis dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/lelaki-berbogel-cuba-ceroboh-rumah.html