Lagi pendedahan Zulfarhan dipukul angkara bomoh petik namanya

Lagi pendedahan Zulfarhan dipukul angkara bomoh petik namanya - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lagi pendedahan Zulfarhan dipukul angkara bomoh petik namanya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lagi pendedahan Zulfarhan dipukul angkara bomoh petik namanya
link : Lagi pendedahan Zulfarhan dipukul angkara bomoh petik namanya

Baca juga


Lagi pendedahan Zulfarhan dipukul angkara bomoh petik namanya

Nama Zulfarhan Osman Zulkarnain, kadet yang mati didera kelmarin, disebut-sebut bomoh sebagai individu yang mencuri komputer riba.

Jenazah Zulfarhan Osman dibawa dari Hospital Serdang untuk dikebumikan di Kebun Teh, Johor Baru. — Foto ihsan Facebook/Info Roadblock JPJ Polis

Bapa saudaranya berkata perkara itu dimaklumkan rakan baik  mangsa melalui WhatsApp kepada ibu siswa itu Hawa Osman, lapor akhbar Harian Metro.

Mesej itu menyebut Zulfarhan dipukul sebelum Ramadan lagi kerana dituduh mencuri walaupun beliau bukan satu-satunya pelajar yang disyaki.

“Tapi Paan (Zulfarhan) jadi suspek sebab orang tanya bomoh la bagi keluar nama dia. Lepas tu nak bagi dia mengaku, kawan-kawan pukul dia beramai-ramai.

“Arwah kena pukul dua hari sebab tidak mengaku,” mesej WhatsApp itu dipetik.

Bagaimanapun Harian Metro tidak menamakan bapa saudara dan rakan baik mangsa.

Zulfahran, 21 meninggal dunia di Hospital Serdang 10 malam Khamis dengan kesan melecur di dada, tangan dan kaki, dipercayai ditekap seterika wap.

Seramai 36 pelajar direman bagi membantu siasatan kes kematian pegawai kadet laut tahun tiga Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) itu.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein sudah mengarahkan UPNM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjalankan siasatan segera.

Ibu saudara mangsa Hairiah Jelani pula menyifatkan keadaan mangsa “umpama daging bakar” dengan hampir semua tubuh ada kesan melecur.

“Saya dimaklumkan doktor, arwah meniggal akibat melecur tahap tiga,” katanya.

Sementara itu, Harian Metro juga melaporkan polis sedang menjejaki bomoh yang didakwa menyebut nama mangsa sebagai pelajar yang disyaki mencuri.

Seorang doktor klinik swasta di Bangi tempat arwah dirawat pada 27 dan 31 Mei lalu juga akan dipanggil memberi keterangan, lapor portal akhbar itu.

“Selain doktor itu, kami juga akan menjejaki dan merakam keterangan bomoh yang didakwa menyebut nama arwah sebagai individu yang mencuri komputer riba.

“Suspek menggunakan alasan itu untuk memaksa Allahyarham mengaku tindakannya (mencuri),” kata ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat.

 

Sumber: Projek MMO



Sumber Lagi pendedahan Zulfarhan dipukul angkara bomoh petik namanya

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rvzW3i

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel Lagi pendedahan Zulfarhan dipukul angkara bomoh petik namanya

Sekianlah artikel Lagi pendedahan Zulfarhan dipukul angkara bomoh petik namanya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lagi pendedahan Zulfarhan dipukul angkara bomoh petik namanya dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/lagi-pendedahan-zulfarhan-dipukul_3.html

Subscribe to receive free email updates: