Judul : Kisah Sebenar Wanita Amuk Rebut Parkir
link : Kisah Sebenar Wanita Amuk Rebut Parkir
Kisah Sebenar Wanita Amuk Rebut Parkir
Semalam, tular sebuah rakaman video memaparkan aksi seorang wanita bertudung menunjukkan isyarat lucah dan membaling kasut ke arah pemandu kereta kerana berebut tempat parkir.Netizen rata-ratanya mengecam tindakan kurang sopan wanita itu walaupun tidak mengetahui situasi sebenar yang berlaku.
Susulan kejadian itu, suami kepada wanita tersebut tampil menceritakan hal sebenar mengenai
insiden perebutan tempat parkir kereta di tapak Bazar Ramadhan di Pekan Kuah, Langkawi.
Menurut Muhammad Jefry Sudin, 33, kereta si perakam video sudah terlajak ke hadapan namun, wanita yang berkenaan mendakwa parkir itu adalah miliknya.
“Sebelum kejadian itu, saya sedang memandu kereta, manakala di hadapan saya ada sebuah kereta dinaiki tiga wanita dan kami sama-sama sedang mencari ruang untuk meletak kenderaan.
“Ada satu ruang kosong, ketika itu kereta di hadapan saya sudah terlajak, jadi saya yang sempat masuk ke ruang kosong itu untuk meletak kenderaan,” katanya kepada Harian Metro.
Tambahnya, pemandu kereta berkenaan kemudian mendakwa ruangan kosong itu adalah miliknya selain melemparkan kata-kata kesat. Hal itu sekaligus membuatkan isterinya, Siti Khadijah Awang, 28, marah dan mengamuk.
Bagaimanapun, Jefry akui, dia memohon maaf bagi pihak isterinya atas perbuatan menunjukkan isyarat lucah dan membaling kasut itu.
“Dari segi itu (perbuatan menunjukkan isyarat lucah dan membaling kasut) saya bagi pihak isteri mohon maaf dan saya pun tidak menjangkakan dia bertindak sampai begitu.
“Saya menganggap kejadian itu kecil saja dan ia menjadi tular apabila wanita yang dipercayai perakam kejadian itu memuat naik ke media sosial, sekali gus mendapat pelbagai komen orang ramai,” jelasnya.
Terdahulu, seorang wanita yang memuat naik video tersebut, Ann Lim, mendakwa dia yang pertama tiba di parkir tersebut dan juga telah memberi isyarat untuk memasuki tempat letak kereta sebelum dipintas kereta pasangan berkenaan yang kemudiannya meletak kenderaan mereka di situ.
Video berdurasi 42 saat itu lantas menjadi tular hingga mendapat lebih 1.5 juta tontonan dan 20,000 perkongsian netizen.
✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sofXDw
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel Kisah Sebenar Wanita Amuk Rebut Parkir
Sekianlah artikel Kisah Sebenar Wanita Amuk Rebut Parkir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kisah Sebenar Wanita Amuk Rebut Parkir dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/kisah-sebenar-wanita-amuk-rebut-parkir.html