Kerajaan Pusat Setuju Bina Kolam Di Sua Betong

Kerajaan Pusat Setuju Bina Kolam Di Sua Betong - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerajaan Pusat Setuju Bina Kolam Di Sua Betong, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerajaan Pusat Setuju Bina Kolam Di Sua Betong
link : Kerajaan Pusat Setuju Bina Kolam Di Sua Betong

Baca juga


Kerajaan Pusat Setuju Bina Kolam Di Sua Betong

SEREMBAN – Kerajaan pusat secara dasarnya bersetuju dengan cadangan kerajaan Negeri Sembilan untuk membina sebuah kolam takungan air di kawasan hiliran di Sua Betong, Port Dickson bagi menampung pembangunan dan pertumbuhan ekonomi yang kian pesat.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata turut akan dibina ialah Loji Rawatan Air (LRA) yang mampu memproses air terawat kira-kira 500 juta liter sehari bagi membekalkan air untuk jangka panjang dan projek itu akan dibiayai kerajaan pusat.

“Ini adalah rancangan jangka panjang untuk sampai tahun 2045… jadi akan ada bekalan air yang cukup dengan mengambil kira peratusan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negeri pada kadar lima peratus setiap tahun.

“Saya fikir menjelang tahun depan (akan ada) bajet bagi Sua Betong… tapi secara dasar ia telah dipersetujui oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan kita tak ada apa-apa masalah… cumanya akan ada proses pengambilan tanah kerana kita nak buat kolam takungan dan loji rawatan air,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Wisma Negeri di sini, hari ini.

Beliau berkata kolam takungan air itu juga kelak akan menyalurkan air ke kawasan Malaysia Vision Valley (MVV), iaitu rancangan pembangunan wilayah tengah berskala besar yang melibatkan keluasan tanah 728 hektar dari Nilai, Seremban hingga ke Port Dickson.

“Ia akan dibangunkan bersama-sama MVV sehingga 2045… sebab kita tak mahu nanti bila MVV berkembang dengan amat pesat tapi kita tidak cukup bekalan air… kita dah cukup bekalan elektrik kerana (stesen janakuasa) Jimah Two (yang membekalkan) 2000 megawatt akan mula beroperasi sama waktu dengan MVV.

“Jimah One mempunyai kuasa simpanan kira-kira 30 hingga 40 peratus. Jadi dari segi bekalan elektrik tiada masalah. Kini kami menumpukan pada bekalan air…kita tak mahu pembangunan (pesat) tapi tak ada air (nanti),” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohamad berkata paras air di kesemua enam empangan di negeri ini berada dalam keadaan baik dan mampu bertahan sehingga lapan bulan sementara menunggu musim hujan akan datang.

Negeri Sembilan mempunyai enam empangan iaitu empangan Talang (Kuala Pilah), empangan Triang (Jelebu), empangan Sungai Terip (Seremban), empangan Kelinchi (Kuala Pilah), empangan Ulu Sepri (Rembau) dan empangan Sungai Beringin (Rembau). – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r4Rhhr

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel Kerajaan Pusat Setuju Bina Kolam Di Sua Betong

Sekianlah artikel Kerajaan Pusat Setuju Bina Kolam Di Sua Betong kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Pusat Setuju Bina Kolam Di Sua Betong dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/kerajaan-pusat-setuju-bina-kolam-di-sua.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :