Judul : Kembali Ke United, Apa Kata Ronaldo?
link : Kembali Ke United, Apa Kata Ronaldo?
Kembali Ke United, Apa Kata Ronaldo?
PENYOKONG Manchester United diminta tidak kecewa dengan kenyataan pemain bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo.
Ini kerana bekas pemain United ini menegaskan bahawa dia tidak berhasrat untuk kembali ke kelab lamanya itu.
Memetik laporan Metro, Ronaldo dilaporkan tidak akan kembali ke United, kelab Liga Perdana Inggeris yang pernah disertainya pada 2003 hingga 2009.
Pemain dari Portugal ini juga sering dikaitkan dengan perpindahan semula Old Trafford, dengan wakil presiden United, Ed Woodward, turut mengakui Ronaldo menjadi sasaran utama.
Dari segi kos, United juga dilihat keberatan mengeluarkan belanja besar untuk bekas bintangnya itu. Metro melaporkan untuk mendapatkan Ronaldo, mereka memerlukan wang sehingga £150 juta.
Ditambah pula Ronaldo baru saja membawa Real meraih trofi Liga Juara-Juara 2017 dan La Liga, ia dilihat akan terus ‘mengikat’nya di kelab itu.
Dua gol yang dijaringkannya di perlawanan final menantang Juventus melengkapkan koleksi gol sepanjang kariernya menjadi 600.
“Jelas saya mahu kekal di sini. Saya fikir saya akan bersara di Real Madrid,” kata Ronaldo tahun lepas.
Kemudian pada musim panas ini dia berkata mahu bermain sehingga usia 40: “Saya akan bersara dari Madrid apabila saya berusia 40 tahun. Saya amat gembira di sini dan saya bekerja keras untuk mencapai tahap ini.” – mStar Online
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rStlC3
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel Kembali Ke United, Apa Kata Ronaldo?
Anda sekarang membaca artikel Kembali Ke United, Apa Kata Ronaldo? dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/kembali-ke-united-apa-kata-ronaldo.html