Keluarga Malaysia tawar penginapan untuk mangsa kebakaran London

Keluarga Malaysia tawar penginapan untuk mangsa kebakaran London - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Keluarga Malaysia tawar penginapan untuk mangsa kebakaran London, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Keluarga Malaysia tawar penginapan untuk mangsa kebakaran London
link : Keluarga Malaysia tawar penginapan untuk mangsa kebakaran London

Baca juga


Keluarga Malaysia tawar penginapan untuk mangsa kebakaran London

KUALA LUMPUR: Sebuah keluarga Malaysia yang menetap di London telah menawarkan penginapan sementara untuk mangsa kebakaran Grenfell Tower, North Kensington, London.

Menggunakan nama Rowena Abdul Razak dalam akaun Facebooknya, beliau membuat tawaran itu beberapa jam selepas kejadian berkenaan.

"Berita yang dahsyat mengenai (Grenfell) Tower. Jika sesiapa yang terjejas, dan jika saya boleh menawarkan penginapan, mesej saya," catat beliau.

Menurut laporan berita, blok pangsapuri 27 tingkat itu terbakar dipercayai bermula sejurus sebelum 1 pagi waktu tempatan dan lebih 250 anggota bomba bertungkus lumus menyelamatkan penghuni yang turut dibantu 100 anggota polis dan 100 anggota perubatan turut berada di tempat kejadian.

Polis mengesahkan terdapat ''sejumlah kematian'' manakala London Ambulance Service berkata 50 orang dihantar ke lima hospital setakat 8 pagi.

Apabila dihubungi Bernama, wanita yang baik hati ini berkata beliau boleh menampung sehingga tiga orang di rumahnya berhampiran Marble Arch.

Ditanya bagaimana orang ramai boleh menghubungi beliau, Rowena berkata mereka boleh menghubunginya melalui akaun Facebooknya.

Rowena berkata beliau dan keluarganya dalam keadaan baik kerana kejadian kebakaran itu tidak berlaku berhampiran rumah keluarganya.

"Kira-kira 10-15 minit. Iya tidak jauh...tapi jika lalu lintas (sibuk) ia mungkin sedikit jauh," katanya.

Tambah beliau, sebuah masjid tempatan ''Noor Mosque'' juga turut menawarkan tempat tinggal dan umat Islam di kawasan masjid itu menawarkan bantuan kepada mereka yang terjejas.

Sebelum ini semasa insiden serangan di Jambatan London, Rowena berkata beliau turut menawarkan tempat tinggal dan mengumumkan tawaran itu di saluran media sosial yang sama.

"Bagi kejadian (kebakaran) ini, yang sedihnya, masih belum ada lagi yang menghubungi saya.

Bagaimanapun semasa serangan London sebelum ini, ada yang tinggal bersama kami," katanya.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tojIZp

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel Keluarga Malaysia tawar penginapan untuk mangsa kebakaran London

Sekianlah artikel Keluarga Malaysia tawar penginapan untuk mangsa kebakaran London kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Keluarga Malaysia tawar penginapan untuk mangsa kebakaran London dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/keluarga-malaysia-tawar-penginapan.html

Subscribe to receive free email updates: