Judul : Kejutan ketika hendak bertarawih
link : Kejutan ketika hendak bertarawih
Kejutan ketika hendak bertarawih
“SANGAT menyedihkan kerana berlaku pada Ramadan ketika umat Islam di sekitar ini mahu menunaikan solat Tarawih.”
Itu kata penuntut Malaysia di London, Anisah Mohd Farid, 22, mengenai serangan di beberapa tempat di kawasan berdekatan London Bridge.
Anisah yang menetap tidak jauh daripada kawasan serangan, berkata polis mengarahkan penduduk kawasan itu supaya tidak keluar rumah.
“Sehingga 3.20 pagi (10 pagi Malaysia), saya masih boleh mendengar bunyi siren polis dan ia lebih kerap dari biasa,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.
Terdahulu, Transport for London (tfl) melaporkan berlaku ‘kemalangan buruk’ di atas London Bridge berikutan terdapat van melanggar orang ramai selepas terbabas dan naik atas batas kaki lima laluan pejalan kaki, awal pagi ini.
Menurut laporan Reuters pula, dua lelaki dikatakan masuk ke restoran di Borough Market, kawasan berdekatan London Bridge dan menikam dua orang di dalam premis berkenaan.
Berita berkaitan
• 'Van menggila' atas London Bridge
• Saksi nampak orang kena tikam
• Tujuh maut, tiga penyerang mati ditembak
• Penyerang pakai jaket bom palsu
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rxl5oX
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel Kejutan ketika hendak bertarawih
Anda sekarang membaca artikel Kejutan ketika hendak bertarawih dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/kejutan-ketika-hendak-bertarawih.html