Judul : Kebakaran Pondok Keselamatan Mungkin Kes Khianat
link : Kebakaran Pondok Keselamatan Mungkin Kes Khianat
Kebakaran Pondok Keselamatan Mungkin Kes Khianat
LANGKAWI – Polis tidak menolak kemungkinan kebakaran sebuah pondok pengawal sehingga menyebabkan kematian seorang kanak-kanak lelaki di sini awal pagi ini sebagai satu perbuatan khianat.
Pemangku Ketua Polis Daerah Langkawi, DSP Mahani Mohamed hari ini berkata mayat Muhammad Shukrey Azrey, 8, ditemukan dalam keadaan badannya di antara 60 dan 70 peratus melecur di dalam pondok itu.
Menurutnya bapa mangsa yang berumur 40 tahun dan bekerja sebagai pengawal keselamatan di pondok yang menuju ke tapak pelupusan sampah di Kilim itu telah mendakwa melihat sebuah kenderaan berhenti di tempat kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi.
“(Kata ayah mangsa) Dua lelaki (kemudiannya) telah keluar dari kenderaan (berkenaan) dan telah membaling sesuatu ke arah pondok itu (sehingga) menyebabkan pondok terbakar,” katanya.
Bagaimanapun, Mahani berkata siasatan yang turut melibatkan Unit Forensik Polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat setakat ini masih belum menjumpai sebarang objek yang boleh dikaitkan sebagai punca kebakaran itu. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rOA1Px
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel Kebakaran Pondok Keselamatan Mungkin Kes Khianat
Anda sekarang membaca artikel Kebakaran Pondok Keselamatan Mungkin Kes Khianat dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/kebakaran-pondok-keselamatan-mungkin.html