Judul : Karpal Singh kini dijadikan patung dan disembah sebagai “Dewa Tempatan”
link : Karpal Singh kini dijadikan patung dan disembah sebagai “Dewa Tempatan”
Karpal Singh kini dijadikan patung dan disembah sebagai “Dewa Tempatan”
TELUK INTAN – Karpal Singh yang meninggalkan dunia pada 2014 kini disembah sebagai ‘Datuk Gong’ di sebuah tokong di Teluk Intan, Perak.
Datuk Gong biasanya dirujuk sebagai ‘dewa tempatan’ dan selalu dilihat sebagai ‘dewa Melayu’ kerana ciri-cirinya termasuk namanya yang berbunyi Melayu.
Namun kali ini, Datuk Gong telah dijadikan dengan ciri-ciri Sikh.
Sinchew Daily melaporkan, patung Karpal Singh yang mengenakan suit berwarna hitam telah diadakan ‘upacara pengcahayaan’ pada 1 Mei lalu.
Patung Karpal Singh itu telah ditempah dari China selepas menerima tajaan seorang penganut dari Sabah.
China Press pula melaporkan, patung Karpal Singh dibina selepas seorang ‘pengantara roh’ diberi petunjuk oleh Karpal yang mahu dirinya disembah.
Walaupun patung Karpal dijadikan bahan jenaka, tetapi ‘pengantara roh’ itu menegaskan ia merupakan pesanan mendiang.
Menurut pengendali tokong, usaha mengumpulkan RM2,000 untuk menempah patung Karpal Singh sebelum ini telah berdepan kesukaran kerana tidak ramai yang menderma sehinggalah kemunculan penganut dari Sabah yang sedia berbuat demikian.
Anak Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh memberitahu, beliau menyedari bahawa ayahnya sudah dijadikan patung untuk disembah.
Beliau bagaimanapun enggan memberi ulasan kerana belum tahu maklumat lanjut mengenainya.
Sumber :
– malaysiagazette.com
✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rICzQT
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel Karpal Singh kini dijadikan patung dan disembah sebagai “Dewa Tempatan”
Anda sekarang membaca artikel Karpal Singh kini dijadikan patung dan disembah sebagai “Dewa Tempatan” dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/karpal-singh-kini-dijadikan-patung-dan.html