Kanak-kanak 6 Tahun Terselamat Jadi Mangsa Dera

Kanak-kanak 6 Tahun Terselamat Jadi Mangsa Dera - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kanak-kanak 6 Tahun Terselamat Jadi Mangsa Dera, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kanak-kanak 6 Tahun Terselamat Jadi Mangsa Dera
link : Kanak-kanak 6 Tahun Terselamat Jadi Mangsa Dera

Baca juga


Kanak-kanak 6 Tahun Terselamat Jadi Mangsa Dera

SUNGAI PETANI – Tindakan seorang wanita membuat laporan polis selepas mengsyaki berlaku kes penderaan, menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun daripada terus menjadi mangsa dera ibu dan rakan wanita ibunya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Supt Saifi Abdul Hamid berkata, pengadu yang berusia 27 tahun itu dihubungi rakannya yang juga ibu mangsa, meminta untuk menumpang sementara di rumahnya.

“Pada pukul 4.30 petang, Sabtu lalu, pengadu telah diminta untuk menjemput ibu mangsa dan mangsa di sebuah rumah di Taman Lembah Bujang Utama, Merbok, selepas berlaku perselisihan faham dengan teman serumahnya.

“Sewaktu mereka berada di rumah pengadu di Bandar Amanjaya, mangsa mengadu sakit pada badannya dan selepas diperiksa terdapat kesan lebam akibat dipukul pada bahagian punggung, belakang, peha kanan dan kedua-dua belah pipi,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Saifi berkata, sehari selepas itu pengadu sekali lagi diminta oleh ibu mangsa untuk menghantar dia dan mangsa kembali ke rumah temannya Taman Lembah Bujang Utama.

“Bagaimanapun, pengadu mendapati kanak-kanak itu ketakutan dan enggan mengikut ibunya kembali ke rumah itu dan mengsyaki berlaku kes penderaan,” katanya.

Tambahnya, siasatan lanjut mendapati kanak-kanak terbabit sering dipukul menggunakan rotan dan penyangkut baju, selain turut dikurung di dalam bilik semasa ibu dan rakan wanita ibunya keluar bekerja.

“Susulan itu, ibu mangsa (29 tahun) dan rakan wanitanya (26 tahun), ditahan bagi membantu siasatan.

“Pemeriksaan terhadap mangsa di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) pula mendapati terdapat kesan lebam lama dan baru pada bahagian badan mangsa,” katanya.

Saifi berkata, mangsa kini diletakkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-kanak 2001. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sg0pEz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel Kanak-kanak 6 Tahun Terselamat Jadi Mangsa Dera

Sekianlah artikel Kanak-kanak 6 Tahun Terselamat Jadi Mangsa Dera kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kanak-kanak 6 Tahun Terselamat Jadi Mangsa Dera dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/kanak-kanak-6-tahun-terselamat-jadi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :