Judul : Jenazah Allahyarham Mejar Mohd Hasri Dan Allahyarham Mejar Yazmi Selamat Tiba Di Kampung Halaman MasingMasing Untuk Dikebumikan
link : Jenazah Allahyarham Mejar Mohd Hasri Dan Allahyarham Mejar Yazmi Selamat Tiba Di Kampung Halaman MasingMasing Untuk Dikebumikan
Jenazah Allahyarham Mejar Mohd Hasri Dan Allahyarham Mejar Yazmi Selamat Tiba Di Kampung Halaman MasingMasing Untuk Dikebumikan
KUANTAN: Jenazah kedua-dua juruterbang pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jenis Hawk 108, yang terkorban selepas pesawat mereka terhempas di Chukai, Terengganu telah selamat tiba selepas diterbangkan ke kampung halaman masing-masing, lapor Berita Harian.
Jenazah Allahyarham Mejar Mohd Hasri Zahari dan beberapa ahli keluarga telah diterbangkan menggunakan sebuah helikopter EC725 ke Padang Awam FELDA Lui Muda dekat Jempol, Negeri Sembilan pada 8.15 pagi untuk dikebumikan di kampung halamannya itu pagi ini.
Jenazah Allahyarham Mejar Mohd Hasri Zahari sedang disembahyangkan di Masjid Kariah FELDA Lui Muda dan kemudian akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam FELDA Lui Muda, Jempol, Negeri Sembilan. Gambar:TUDM |
Sementara itu Jenazah Mejar Yazmi Mohamed Yusof juga telah selamat tiba di Kuala Lumpur selepas diterbangkan dari Pangkalan Udara TUDM Kuantan ke Pangkalan Udara Subang menaiki pesawat Hercules C130H pada 8.45 pagi tadi.
Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Ibnu Sina, untuk solat jenazah dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur sebentar lagi.
Terdahulu, jenazah kedua-dua mereka telah dibawa dari Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) selepas bedah siasat kira-kira jam 5.45 pagi.
Jenazah dikafan dan disembahyangkan di Surau Al-Taqwa yang diimamkan Pegawai Agama Pangkalan Udara Kuantan, Mejar Mohd Zaki Kassim bersama kira-kira 200 anggota TUDM yang lain.
Selepas solat jenazah, keranda kedua-dua mereka telah dibalut dengan Jalur Gemilang dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebagai tanda penghormatan.
Mohd Hasri, 31, dan Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, terkorban selepas pesawat Hawk 108 yang dikendalikan dipercayai terhempas di kawasan hutan berpaya di Chukai, Terengganu, semalam.
Mayat mereka berdua telah ditemui pada jam 2.30 petang semalam dalam jarak antara 20 meter antara satu sama lain, dengan payung terjun masing-masing.
Pesawat Hawk 108 yang dikendalikan mereka itu telah berlepas dari Pangkalan TUDM Kuantan pada jam 11 pagi semalam, sebelum dilaporkan terputus hubungan kira-kira setengah jam kemudian.
-Pen Merah Press
Sumber: penmerahpress
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sFymyJ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel Jenazah Allahyarham Mejar Mohd Hasri Dan Allahyarham Mejar Yazmi Selamat Tiba Di Kampung Halaman MasingMasing Untuk Dikebumikan
Anda sekarang membaca artikel Jenazah Allahyarham Mejar Mohd Hasri Dan Allahyarham Mejar Yazmi Selamat Tiba Di Kampung Halaman MasingMasing Untuk Dikebumikan dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/jenazah-allahyarham-mejar-mohd-hasri.html