Isu FGV: Zakaria, Isa Perlu Letak Jawatan

Isu FGV: Zakaria, Isa Perlu Letak Jawatan - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Isu FGV: Zakaria, Isa Perlu Letak Jawatan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Isu FGV: Zakaria, Isa Perlu Letak Jawatan
link : Isu FGV: Zakaria, Isa Perlu Letak Jawatan

Baca juga


Isu FGV: Zakaria, Isa Perlu Letak Jawatan

KUALA LUMPUR – Kemelut dalaman Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) membabitkan dua ‘orang kuat’ syarikat itu disifatkan sebagai perkara yang mendukacitakan dan memalukan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi dalam satu kenyataan berkata, pertelingkahan terbuka antara Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV), Tan Sri Isa Abdul Samad dan Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FGV, Datuk Zakaria Arshad menunjukkan tiada musyawarah sesama mereka.

Isu FGV: Zakaria, Isa Perlu Letak JawatanAhli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi.

Malah katanya, kedua-duanya sewajarnya meletakkan jawatan bagi mengelakkan krisis itu berlarutan.

“Mereka tidak perlu menunggu campur tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebaliknya ambil jalan mengalah dan meletakkan jawatan segera.

“Mana mungkin mereka boleh bekerjasama selepas ini. Apakah ia akan menjadi fenomena berterusan dalam pengurusan institusi yang berkaitan dengan orang Melayu?” katanya.

Menurut beliau, kedua-dua mereka perlu mengambil jalan yang lebih bermaruah dan menyerahkan ekpada muka baharu untuk menerajui FGV.

“Apakah selepas ini akan ada lagi episod pertelingkahan antara Pengerusi dan CEO atau Ketua Pengarah menyebabkan salah satu daripadanya dipaksa mengambil cuti atas alasan untuk siasatan dalaman yang sebenarnya proses pemecatan atau disuruh meletak jawatan?

“Sewajarnya kedua-dua mereka meletak jawatan secara sukarela. Ambil jalan yang lebih bermaruah. Biarkan muka baharu dan tenaga baharu mengambil alih dan meneruskan usaha agar FGV menguntungkan pemegang sahamnya terutama peneroka,” katanya.

Dalam pada itu, SPRM dijangka akan mengadakan pertemuan dengan Zakaria Arshad pada jam 3 petang hari ini di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya. – MYNEWSHUB.CC

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r0m9EN

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel Isu FGV: Zakaria, Isa Perlu Letak Jawatan

Sekianlah artikel Isu FGV: Zakaria, Isa Perlu Letak Jawatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Isu FGV: Zakaria, Isa Perlu Letak Jawatan dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/isu-fgv-zakaria-isa-perlu-letak-jawatan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :