Judul : Isu DoJ: PAS minta kita berdoa, tapi apa usaha mereka?
link : Isu DoJ: PAS minta kita berdoa, tapi apa usaha mereka?
Isu DoJ: PAS minta kita berdoa, tapi apa usaha mereka?
Pas: Pihak berkuasa Malaysia lebih mampu berbanding DoJ tapi...
17 Jun 2017 | MALAYSIA DATELINE
Pas percaya pihak berkuasa tempatan lebih berkemampuan daripada Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat untuk menyiasat isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Namun timbalan presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, malangnya mereka kini sedang berhadapan 'halangan-halangan yang tidak boleh disebut'.
"Pasukan polis negara umpamanya yang kerjanya sebegitu cemerlang dalam mengesan aktiviti kehadiran para pengganas sudah tentunya mampu mengendalikan kes 1MDB.
"SPRM yang begitu rancak mengesan kegiatan rasuah antara penjawat awam walau kecil jumlahnya sudah pasti dapat membongkar segala yang berlaku di dalam 1MDB.
"Begitu juga dengan kemampuan Ketua Audit Negara dan Gabenor Bank Negara yang sudah diperakui ramai," katanya dalam kenyataan hari ini.
Justeru beliau berdoa agar pihak berkuasa tempatan diberikan keberanian untuk membongkar isu 1MDB.
"Cukuplah hidup dalam keadaan tangan dan kaki digari dan mata sekadar dapat terbeliak membiarkan kemungkaran yang besar berlalu manakala telinga terpaksa mendengar arahan untuk mengendalikan kemungkaran yang kecil," katanya.
DoJ dalam usaha untuk merampas pelbagai aset mewah bernilai AS$540 juta (RM2.3 bilion) yang didakwa dibiayai wang dilesapkan daripada 1MDB.
Awal semalam, DoJ memfailkan permohonan merampas aset yang didakwa diperolehi menerusi dana yang diseleweng daripada 1MDB, antaranya lukisan, kapal layar dan barang kemas.
Dokumen lebih 200 mukasurat turut menyenaraikan 27 barang kemas yang dihadiahkan kepada isteri “Malaysian Official 1” (MO1) berjumlah AS$1.3 juta (RM5.5 juta) daripada taikun kelahiran Pulau Pinang, Low Taek Jho, atau Jho Low, yang kini dipercayai berada di China.
Dokumen yang dikeluarkan DoJ minggu ini merupakan rentetan daripada kertas siasatan yang diumumkan pada Julai tahun lalu dengan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) membuat permohonan menyita aset yang dikaitkan dengan wang 1MDB berjumlah lebih AS$1 bilion.
Tuan Ibrahim juga berkata, kerajaan Malaysia perlu lebih cekap dan berupaya bertindak sendiri untuk mengelakkan sebarang campur tangan Amerika.
"Tapi apabila kita sendiri melengah-lengahkan siasatan, maka ruang campurtangan itu terbuka luas.
"Walaupun kes DoJ masih di peringkat tuduhan, nasibnya kini bergantung pada kesetiaan Jho Low. Jika DoJ menawarkan satu jalan keluar untuk Jho Low dengan syarat beliau membongkar siapa di belakangnya, kemungkinan besar Jho Low akan mengambilnya dan ketika itu, segalanya akan terungkai," katanya.
Beliu juga kesal terhadap sikap pihak berkuasa yang seolah-olah melengahkan siasatan terhadap 1MDB ini.
"Sehingga kini, siasatan polis terhadap 1MDB masih tidak siap-siap. Siasatan yang dilakukan Ketua Audit Negara yang diserta bersama kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pula diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi.
"Peguam Negara kita pula bertindak seolah-olah beliau ialah peguambela individu dan bukannya negara. SPRM pula masih berdiam diri di dalam isu 1MDB. Dan Gabenor Bank Negara Datuk Muhammad Ibrahim pula telah menutup kes terhadap 1MDB," katanya.

✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sDi7Te
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel Isu DoJ: PAS minta kita berdoa, tapi apa usaha mereka?
Sekianlah artikel Isu DoJ: PAS minta kita berdoa, tapi apa usaha mereka? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Isu DoJ: PAS minta kita berdoa, tapi apa usaha mereka? dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/isu-doj-pas-minta-kita-berdoa-tapi-apa.html