Judul : Imigresen Cadang Penalti, Hingga RM1,000 Akibat "Pasport Hilang" !
link : Imigresen Cadang Penalti, Hingga RM1,000 Akibat "Pasport Hilang" !
Imigresen Cadang Penalti, Hingga RM1,000 Akibat "Pasport Hilang" !
PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen bercadang mengenakan penalti antara RM200 dan RM1,000 bagi penggantian pasport Malaysia yang hilang akibat kecuaian pemilik yang mencatatkan 31,287 kes pada 6 bulan pertama tahun ini.
Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan mengenakan penalti terhadap pemilik pasport yang kehilangan dokumen berkenaan, sama seperti bayaran dikenakan bagi permohonan penggantian kad pengenalan diri, MyKad yang hilang.
Selama ini, Jabatan Imigresen tidak mengenakan penalti kepada mereka yang kehilangan pasport. “Peraturan perlu diubah dan cadangannya adalah jika hilang kali pertama dikenakan denda RM200, manakala hilang kali ke-2 denda RM500 dan bagi kehilangan kali ke-3 dan seterusnya ialah RM1,000.
“Ini bukan niat untuk menghukum, tetapi untuk menjadikan masyarakat lebih bertanggungjawab terhadap pasport yang dimiliki,” katanya kepada Bernama baru-baru ini. Januari lepas, Jabatan Imigresen mengemukakan cadangan itu kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga menteri dalam negeri, dan secara dasarnya sudah dipersetujui.
Mustafar berkata, sikap cuai rakyat negara ini antara faktor jumlah pasport hilang agak tinggi walaupun ia merupakan barang berharga yang menghendaki pemiliknya menjaga dokumen itu dengan baik.
“Kes kehilangan pasport Malaysia ini dilihat mudah berlaku tak kira di dalam atau luar negara. Kehilangan disebabkan kecurian masih boleh diterima, tapi kalau asyik hilang, ini tidak elok,” katanya sambil menambah ada individu yang melaporkan kehilangan pasport sehingga 4 kali.
Berdasarkan statistik Jabatan Imigresen, sebanyak 31,287 pasport Malaysia dilaporkan hilang sejak awal tahun ini sehingga 2 Jun lepas, dengan 22,475 daripadanya atas alasan “tidak ingat simpan di mana” manakala 2,858 pula dikatakan hilang semasa pindah rumah.
Katanya, sebab lain kehilangan pasport ialah tertinggal dalam kenderaan awam, tercicir daripada beg atau poket, dicuri atau dirompak, hilang semasa kebakaran atau berpindah rumah dan hilang disebabkan bencana alam.
Mustafar berkata, berdasarkan statistik terbaru itu, Johor merekodkan jumlah kehilangan tertinggi dengan 5,734 pasport, diikuti Kuala Lumpur (4,399) dan Selangor (3,409). “Bagi luar negara, jumlah tertinggi adalah di Australia iaitu 43 pasport, diikuti Singapura (41), Hong Kong (11) dan 10 di Perancis, kebanyakannya akibat rompakan atau kecurian atau tercicir dari poket,” katanya.
Beliau menggesa pemegang pasport lebih bertanggungjawab dengan tidak meletakkan dokumen itu di merata tempat dan membuat permohonan pasport baharu dengan alasan ia hilang. Beliau menjelaskan pasport yang hilang dan dibatalkan, namun ditemui semula tidak boleh digunakan bagi mengelakkan ia disalah guna.
Pasport Malaysia, katanya, merupakan antara terbaik di dunia dan ini sekali gus mengurangkan cubaan memalsukan dokumen penting itu. Dalam pada itu, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengenakan penalti RM100 bagi kehilangan kali pertama MyKad, manakala kehilangan kali ke-2 RM300 dan bagi kehilangan kali ke-3 dan seterusnya ialah RM1,000. #sumber
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel Imigresen Cadang Penalti, Hingga RM1,000 Akibat "Pasport Hilang" !
Sekianlah artikel Imigresen Cadang Penalti, Hingga RM1,000 Akibat "Pasport Hilang" ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Imigresen Cadang Penalti, Hingga RM1,000 Akibat "Pasport Hilang" ! dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/imigresen-cadang-penalti-hingga-rm1000.html