Judul : IBM Memperlihatkan Cip Dengan Rekaan 5nm
link : IBM Memperlihatkan Cip Dengan Rekaan 5nm
IBM Memperlihatkan Cip Dengan Rekaan 5nm
Pada tahun ini, kita telah mula melihat pelbagai telefon pintar hadir dengan cip pemprosesan dengan rekabentuk 10nm, sekaligus menawarkan kadar penggunaan bateri yang lebih efisyen, selain pemprosesan berkuasa. Selain daripada itu, Samsung sedia diperkatakan bakal hadir dengan cip 7nm pada tahun hadapan.
Bergerak kehadapan lagi, kini, IBM dengan kerjasama Samsung dan GlobalFoundries turut memperlihatkan cip pemprosesan dengan rekaan 5nm.
Cip dengan rekabentuk ini menawarkan prestasi lebih 40% berbanding dengan cip 10nm yang kini digunakan, selain menawarkan sekitar 75% penjimatan tenaga berbanding pada cip hari ini.
Untuk makluman, buat masa ini, rekabentuk ini diperlihatkan dalam bentuk kajian sahaja, dan mungkin mengambil masa beberapa tahun sebelum digunakan dan dikomersialkan secara meluas.
Dengan perkembangan ini juga, tidak mustahil kita melihat kajian dalam rekaan cip 3nm menjadi fokus utama dalam tahun akan datang. Ia juga secara tidak langsung membawa kepada rekaan peranti yang lebih kompak dan kecil berbanding sebelum-sebelum ini, tetapi pada masa yang sama menawarkan kuasa pemprosesan yang tinggi.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sGnOMT
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel IBM Memperlihatkan Cip Dengan Rekaan 5nm
Anda sekarang membaca artikel IBM Memperlihatkan Cip Dengan Rekaan 5nm dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/ibm-memperlihatkan-cip-dengan-rekaan-5nm.html