“Hati Sayu Melihat Mereka Makan. Belum Tentu Juadah Sama Dapat Mereka Nikmati Selepas Ini.” – Reni Diana Sulaiman

“Hati Sayu Melihat Mereka Makan. Belum Tentu Juadah Sama Dapat Mereka Nikmati Selepas Ini.” – Reni Diana Sulaiman - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul “Hati Sayu Melihat Mereka Makan. Belum Tentu Juadah Sama Dapat Mereka Nikmati Selepas Ini.” – Reni Diana Sulaiman, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : “Hati Sayu Melihat Mereka Makan. Belum Tentu Juadah Sama Dapat Mereka Nikmati Selepas Ini.” – Reni Diana Sulaiman
link : “Hati Sayu Melihat Mereka Makan. Belum Tentu Juadah Sama Dapat Mereka Nikmati Selepas Ini.” – Reni Diana Sulaiman

Baca juga


“Hati Sayu Melihat Mereka Makan. Belum Tentu Juadah Sama Dapat Mereka Nikmati Selepas Ini.” – Reni Diana Sulaiman

“Hati Sayu Melihat Mereka Makan. Belum Tentu Juadah Sama Dapat Mereka Nikmati Selepas Ini.” – Reni Diana Sulaiman

Makanan dijamah penuh selera. (Gambar: Mohamad Bakar)

Sayu sebenarnya mendengar cerita wanita memiliki sekeping hati besar berstatus ibu tunggal kepada dua anak, bernama Reni Diana Sulaiman ketika berkongsi kembara amalnya di Cambodia baru-baru ini. Ditemani teman sukarelawan tersayang termasuk dua anaknya itu, misi memasak dan menjamu dengan penuh kasih sayang yang diusahakan sejak tahun 2015.

Tidak hanya melaksanakan projek amal itu di dalam negeri bermula dengan gerakan ‘Cooking For Homeless’ (CFH), ia turut dipanjangkan ke luar negara. Misi Kembara Amal Kemboja Mei lalu sebenarnya menjadi kesinambungan projek sama dilakukan beberapa bulan lalu di lokasi sama membabitkan beberapa buah kampung Islam terpencil di situ.

Dua dari kiri, Reni Diana Sulaiman.

Misi kali ini membabitkan lima buah kampung termasuk di kampung Pram Domleung dan kampung Baraen di Wilayah Kandal.

“Kalau ada rezeki lebih, saya hanya memikirkan keluarga tersayang dan juga mahu memasak untuk dijamu orang yang susah, bernasib malang serta memerlukan. Saya percaya masing-masing ada cara tertentu untuk berbuat baik dan berkongsi rezeki. Saya pula dengan cara begini kerana memang gemar memasak.

“Jadi apa salahnya saya guna kepakaran yang ada ini sebaik mungkin. Entah saya rasa cukup bahagia dapat menjamu orang dengan air tangan sendiri. Saya bertuah memiliki teman akrab di kalangan sukarelawan yang tak jemu menyokong kerja murni ini. Kalau boleh saya mahu lakukan ini semua berterusan.

Menyediakan bahan untuk dimasak.

“Kami juga sempat memasak dan menjamu jemaah lelaki di masjid di Kampung Baraen pada hari puasa pertama disambut sekaligus hari terakhir misi kami di sana. Hari itu mencabar juga kerana hujan turun dengan lebat tetapi Alhamdulillah misi kami disempurnakan juga dengan izin-Nya,” katanya yang turut menumbangkan seekor lembu pada hari pertama rombongan kembara pertama mula memasak dan menjamu penduduk di situ.

Makanan diagihkan kepada penduduk kampung.

Kata Reni, apa yang dilaksanakan ini pada awalnya tidak dijangka akan mendapat perhatian insan lain yang baik hati untuk sama-sama membantu mereka dalam kesusahan.

"Saya pernah membaca sebuah buku yang menyatakan, tak perlu menjadi 'besar' atau kaya untuk memulakan sesuatu yang besar. Ia berbalik kepada soal rasa dan keinginan. Alhamdulillah, perasan itu datang untuk membantu. Didorong akal, saya terus positif dan mula bermimpi. Perlahan-lahan ia menjadi kenyataan.

Mengadap hidangan yang disediakan.

"Bantuan dan tajaan yang datang untuk projek sebegini datang tanpa diduga. Awalnya, saya fikir susah untuk mendapatkan kerjasama pihak lain tetapi pada akhirnya semua lancar dan dipermudahkan. Mulanya, bimbang juga niat ini akan disalah anggap atau menunjuk-nunjuk. Tapi apabila niat kita tulus dan baik, semuanya pasti baik-baik saja. Insya-Allah," katanya.

Menceritakan pengalaman ketika di kampung Pram Domleung, kehadiran beberapa orang tua yang daif contohnya benar-benar membuatkan hati Reni remuk.

Ada di antara mereka yang masih mengingati Reni.

“Malah ada wanita tua yang masih mengingati saya ketika kembara kali pertama sebelum ini datang memimpin tangan. Tongkat dimilikinya yang berbentuk ular juga cukup unik. Ada yang cuba menarik perhatian saya kerana tahu ada di antara mereka bagai kesepian dan dahagakan kasih sayang.

“Melihat mereka, hati saya teringatkan ibu di Malaysia. Malah mereka juga bagai cerminan kita pada waktu tua nanti yang belum pasti aturannya bagaimana. Kita semua akan jadi tua. Usia takkan pernah menurun. Paling mengharukan saya melihat seorang wanita agak berusia. Dari jauh dia hanya memerhatikan saya dan teman sahaja. Melihat gayanya seperti terpinggir juga dirinya.

Hidangan yang mungkin tidak diketahui bila lagi akan dijamah.

“Namun selepas diselidiki menerusi orang kampung, wanita tua itu sebenarnya dilahirkan ‘istimewa’ dan bisu. Tak ketinggalan juga wanita yang penglihatannya bermasalah. Paling sayu melihat wanita itu menjamah makanan yang disediakan kami. Belum tentu juadah sama dapat dijamah mereka lagi selepas ini,” kata Reni kepada Rojak Daily Kaw!

Menerusi dua hari pertama ketika berada di sana membabitkan empat kampung, kerjasama gotong royong daripada penduduk kampung yang ditunjukkan sedikit sebanyak memudahkan perancangan yang dilakukan.

“Mereka tak lokek memberi bantuan tenaga. Malah ada di antara mereka yang fasih berbahasa Melayu kerana pernah bekerja di Malaysia. Jadi komunikasi kami di sana dibantu mereka.

Nikmat si anak kecil.

“Malah ada wajah yang sama membantu kami ketika acara ini berlangsung,” katanya.

Selain memasak dan menjamu, Reni dan sukarelawan lain turut mengagihkan sumbangan duit raya kepada golongan kanak kanak, Al-Quran, pakaian terpakai, baju raya, tudung, buah kurma, roti dan jajan.

“Keadaan ketika menjamu penduduk di sana pada mulanya tidak terkawal. Namun usaha ketua kampung dan beberapa orang lain di sana mententeramkan mereka membuatkan ia kembali terkawal. Dalam hal kita memahami bukan selalu mereka menerima rezeki begini. Ia datang bukan setiap masa.

Mengagih jajan dan duit raya.

“Malah ketika mengagihkan jajan kepada golongan kanak-kanak, keadaan jadi tak terkawal kerana sesama mereka berebut. Itu mungkin senario normal mereka di sana. Nak marah dan naik geram juga kerana kita seboleh-bolehnya mahu memastikan semua dapat serba sedikit jajan yang ingin diberikan. Tetapi pada akhirnya saya hanya mampu tertawa melihat gelagat mereka.

“Tak kurang juga ada di antara kawan sukarelawan saya yang hampir terjatuh ke tanah kerana ditolak mereka. Hal hal sebeginilah yang buat saya lebih menghargai kehidupan,” katanya.

Reni dan teman-teman sukarelawan.

Reni turut berterima kasih kepada seorang teman sukarelawannya yang berjaya mendapatkan pengecualian excess baggage daripada pihak penerbangan MAS.

“Tak ketinggalan juga mereka yang bermurah hati memberi sumbangan. Semoga Allah akan terus murahkan rezeki mereka yang baik hati ini,” katanya.

Reni bertugas sepenuh masa sebagai perunding jualan di sebuah syarikat teknologi maklumat dan menjalankan perniagaan dalam talian mempromosikan jenama fesyen Kree.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t0zp8L

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel “Hati Sayu Melihat Mereka Makan. Belum Tentu Juadah Sama Dapat Mereka Nikmati Selepas Ini.” – Reni Diana Sulaiman

Sekianlah artikel “Hati Sayu Melihat Mereka Makan. Belum Tentu Juadah Sama Dapat Mereka Nikmati Selepas Ini.” – Reni Diana Sulaiman kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel “Hati Sayu Melihat Mereka Makan. Belum Tentu Juadah Sama Dapat Mereka Nikmati Selepas Ini.” – Reni Diana Sulaiman dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/hati-sayu-melihat-mereka-makan-belum.html

Subscribe to receive free email updates: