HADI ZAHIR RINDU KELUARGA, RAKAN SEPERJUANGAN

HADI ZAHIR RINDU KELUARGA, RAKAN SEPERJUANGAN - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul HADI ZAHIR RINDU KELUARGA, RAKAN SEPERJUANGAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : HADI ZAHIR RINDU KELUARGA, RAKAN SEPERJUANGAN
link : HADI ZAHIR RINDU KELUARGA, RAKAN SEPERJUANGAN

Baca juga


HADI ZAHIR RINDU KELUARGA, RAKAN SEPERJUANGAN

MARANG – Sepanjang menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) selepas menjalani pembedahan injap jantung 16 Mei lalu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyatakan perasaan rindunya terhadap keluarga, sahabat perjuangan dan pelajar-pelajar kuliah dhuhanya.

“Perasaan saya di ketika ini adalah penuh dengan kerinduan yang tidak terkira kepada keluarga dan sahabat – sahabat seperjuangan, walau pun fizikal sedang diganggu kesakitan dan ditahan di sini kerana rawatan yang diwajibkan.

“Paling dirindui ialah Kuliah Dhuha Masjid Rusila dan semua pelajarnya yang dimulakan sejak 1976 kerana didesak oleh orang tua penduduk kampung Rusila supaya menggantikan kuliah ayahanda (semoga mendapat rahmat dari ALLAH) yang baru meninggal dunia pada 1 Mei 1975.

“Saya juga sangat merindui berada di samping semua pemimpin Pas di semua peringkat termasuk rakyat jelata. Saya turut mengalami dan bersama dengan denyut kesusahan dan keperitan mereka khususnya di kalangan petani, nelayan dan pekerja rendah, serta belia menganggur yang sangat menekan perasaan saya,” katanya.

Di masa menahan kesakitan, Abdul Hadi berkata, beliau memilih untuk mendengar alunan bacaan al-Quran sebagai penawar jiwa yang lebih baik daripada ubat penahan sakit.

Hal itu, katanya, menambahkan lagi keyakinan beliau bahawa sebenarnya al-Quran adalah kitab ALLAH juga merupakan satu mukjizat ilmu.

“Dalam perbincangan saya dengan pakar perubatan, bertambahlah keyakinan saya bahawa wajib digabungkan ilmu wahyu bersama ilmu perubatan moden ini yang juga kurniaan ALLAH.

“Teringat saya dalam sirah Rasulullah apabila seorang sahabat R.A. menggunakan madu lebah kerana khasiatnya yang disebut di dalam al-Quran, tiba-tiba perutnya bertambah sakit, lalu dia berkata: Wahai Rasulullah !, perut saya bertambah sakit walau pun meminum madu mengikut al-Quran ?.

“Sabda Rasulullah SAW : ALLAH Maha Benar tetapi perutmu yang bohong (maksudnya dia memakan madu/ubat dalam kadar/ dos yang berlebihan).

“Ianya memberikan kefahaman bahawa di sini wajibnya digabungkan ilmu wahyu bersama ilmu duniawi. Ringkasnya, apabila para ulama meninggalkan ilmu dunia ianya akan menjadi salah dan begitulah juga jika para ilmuan duniawi meninggalkan petunjuk al-Quran dan Rasul maka juga akan menjadi sesat,” katanya.
Tegasnya, tiada pemisahan dalam Islam di antara sains dan agama, bahkan semua urusan duniawi kerana Islam adalah satu cara hidup (way of life).

“Di sini kita menyaksikan pemimpin politik yang merasa dirinya bijak tanpa agama dan banyak salah lakunya, namun tidak bersedia bertaubat walaupun ALLAH membuka pintu taubat seluas-luasnya.

“Saya cukup terharu dengan pandangan dari rakan taulan seperjuangan dari dalam dan luar negara yang bersedia saya dirawat di mana sahaja tempat terbaik di dunia dan ingin membantu segala perbelanjaanya.

“Namun saya membuat keputusan supaya dirawat di tanah air sendiri dan bergantung pada kepakaran yang ada dalam negara, kecuali kalau tidak adanya kepakaran dalam bidang tertentu seperti yang berlaku terhadap al-marhum Dr Haron Din yang dengan berat hati terpaksa memilih untuk mendapatkan rawatan di Amerika Syarikat setelah mendapat pandangan daripada IJN sendiri.

“Dalam mendapatkan rawatan kali ini, IJN  menjadi pilihan saya, kerana bak kata pepatah hujan batu di negeri sendiri tidak sama dengan hujan emas di negara lain.

“Untuk menjalankan pembedahan yang saya alami, IJN telah menubuhkan pasukan terbaik yang diketuai oleh Datuk Seri Dr Mohd Azhari Yakub, Datuk Seri Dr Jeffrey Jeswant Dillon, Datuk Dr Suhaini Kadiman, Datuk Dr Rosli, Datuk Dr Mohd Nasir Muda, Datuk Dr Suneta, Datuk N. Thiru Kumar, Datuk Dr Ghazali Ahmad dari Hospital Kuala Lumpur, serta yang tidak berkesempatan saya sebutkan nama mereka.
“Dan semua staff sokongan di setiap unit yang turut sama dalam pembedahan dan rawatan saya. Saya amat terharu dengan khidmat cemerlang semua pihak ini disetiap masa dan ketika,” katanya.

Menurutnya, khidmat profesional sepanjang dalam sejarahnya sendiri jugalah yang membolehkan IJN disenaraikan ke peringkat antarabangsa sebagai tempat terulung dalam bidangnya.

“Saya sepenuhnya mengucapkan terima kasih kepada semua, semoga ALLAH SWT jualah yang membalas pahala dan fadhilat daripada niat yang ikhlas itu. Semoga ALLAH SWT sahaja yang memberi ganjaran kepada semua,” katanya.

– SH

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rufvUi

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel HADI ZAHIR RINDU KELUARGA, RAKAN SEPERJUANGAN

Sekianlah artikel HADI ZAHIR RINDU KELUARGA, RAKAN SEPERJUANGAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel HADI ZAHIR RINDU KELUARGA, RAKAN SEPERJUANGAN dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/hadi-zahir-rindu-keluarga-rakan.html

Subscribe to receive free email updates: