Guru baharu dinasihatkan tidak mohon pertukaran awal

Guru baharu dinasihatkan tidak mohon pertukaran awal - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Guru baharu dinasihatkan tidak mohon pertukaran awal, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Guru baharu dinasihatkan tidak mohon pertukaran awal
link : Guru baharu dinasihatkan tidak mohon pertukaran awal

Baca juga


Guru baharu dinasihatkan tidak mohon pertukaran awal

KUALA NERANG: Guru baharu yang dihantar untuk mengajar di Sabah dan Sarawak dinasihatkan supaya tidak membuat pemohonan pertukaran ke Semenanjung sekurang-kurangnya sehingga jawatan mereka itu disahkan terlebih dahulu.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata guru-guru baharu ini perlu menggunakan peluang yang ada untuk menimba seberapa banyak pengalaman mengajar di negeri itu terutama di kawasan pedalaman.

"Guru baharu yang dihantar ke sana janganlah duduk setahun lepas itu hendak balik. Sekurang-kurangnya duduk tiga, empat tahun dahulu.

"Jangan menangis dulu dalam tempoh setahun itu. Ambil peluang yang diberi ini untuk timba pengalaman dan rasai keseronokan duduk di kawasan pendalaman," katanya kepada pemberita di sini, pada Sabtu.

Terdahulu, Mahdzir telah melawat dan memberi sumbangan kepada dua penerima di Kampung Padang Bakong, di sini, yang menghidap penyakit angin ahmar dan sakit tua.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai lambakan pemohonan 'guru duka lara' yang memohon untuk membuat pertukaran pulang ke negeri masing-masing.

Kementerian Pendidikan (KPM) sebelum ini telah meluluskan sebanyak 2,261 permohonan pertukaran kes 'guru duka lara' daripada 6,636 pemohonan bagi tempoh Jan hingga Jun tahun ini.

"Pertukaran memang boleh dibuat tetapi ia perlu mengikut peraturan dan jumlah yang memohon juga banyak sebab itu proses pertukaran akan mengambil masa sedikit.

"Kita juga perlu lihat jumlah bakal guru yang akan keluar dari Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan universiti awam bagi memastikan jumlah yang pulang dan dihantar adalah sama," katanya.

Mahdzir berkata sebanyak dua lagi pertukaran 'guru duka lara' akan dilakukan pada bulan Oktober dan Disember tahun ini.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qRrGZu

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel Guru baharu dinasihatkan tidak mohon pertukaran awal

Sekianlah artikel Guru baharu dinasihatkan tidak mohon pertukaran awal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Guru baharu dinasihatkan tidak mohon pertukaran awal dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/guru-baharu-dinasihatkan-tidak-mohon.html

Subscribe to receive free email updates: