Geng samun pusat hiburan dan kedai serbaneka ditahan

Geng samun pusat hiburan dan kedai serbaneka ditahan - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Geng samun pusat hiburan dan kedai serbaneka ditahan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Geng samun pusat hiburan dan kedai serbaneka ditahan
link : Geng samun pusat hiburan dan kedai serbaneka ditahan

Baca juga


Geng samun pusat hiburan dan kedai serbaneka ditahan

BUTTERWORTH: Tiga anggota geng samun termasuk seorang wanita yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan merompak pusat hiburan dan kedai serbaneka 24 jam berjaya ditahan polis dalam serbuan di Butterworth, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata tiga individu termasuk pasangan kekasih berusia 23 hingga 44 tahun itu ditahan pukul 10.30 malam dan polis turut merampas wang tunai dipercayai hasil samun.

"Berdasarkan siasatan, geng itu terlibat banyak kes samun di SPT sejak awal tahun ini dan terbaharu mereka menyamun sebuah pusat hiburan dan kedai serbaneka di Bagan Ajam Khamis lepas.

"Susulan kejadian itu, polis berjaya mengesan mereka dan merampas enam buah telefon bimbit serta wang tunai sebanyak RM3,428 dipercayai hasil samun geng berkenaan," katanya di sini hari ini.

Katanya geng itu dipercayai hidup mewah dan berpindah randah di beberapa negeri dengan menjalankan kegiatan samun menggunakan parang serta pisau untuk menakutkan mangsa.

Nik Ros Azhan berkata dua lelaki yang ditahan itu mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah serta mereka bertiga turut positif dadah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Anuar Omar berkata polis sedang mengesan lima lelaki berusia 18 hingga 25 tahun dipercayai terlibat dalam kes dua remaja cedera parah dipukul kumpulan berkenaan dalam kejadian di Jalan Kaki Bukit di sini, awal pagi semalam

"Dalam kejadian pukul 2.10 pagi itu, dua mangsa berusia 18 dan 19 tahun sedang membeli burger sebelum terserempak dua lelaki dikenali mereka dan berlaku ejek mengejek berlarutan sehingga suspek menelefon enam lagi rakan," katanya.

Beliau berkata dua mangsa itu dipukul menggunakan topi keledar serta ditumbuk dan ditendang oleh kumpulan itu sebelum remaja berusia 19 tahun berjaya menyelamatkan diri dan memaklumkan kejadian tersebut kepada bapa saudaranya.

"Seorang lagi mangsa telah dibawa menaiki motosikal suspek ke kawasan padang berdekatan dan dipukul kumpulan itu hingga mengalami kecederaan parah. Dia dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) oleh orang awam dan dilaporkan dalam keadaan kritikal," katanya.

Katanya ekoran kejadian itu, polis melancarkan operasi dan berjaya menahan seorang daripada mereka berusia 18 tahun di Jelutong dan memburu lima lagi suspek yang telah dikenal pasti untuk siasatan lanjut.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rjbX5I

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel Geng samun pusat hiburan dan kedai serbaneka ditahan

Sekianlah artikel Geng samun pusat hiburan dan kedai serbaneka ditahan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Geng samun pusat hiburan dan kedai serbaneka ditahan dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/geng-samun-pusat-hiburan-dan-kedai.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :