Judul : Fobia Kucing
link : Fobia Kucing
Fobia Kucing
Assalamualaikum semua. Hi Thanks admin kalau sudi share luahan aku ni.
Kucing adalah sahabat bagi mereka yang mencintainya. Tapi bagi aku kucing menjadi haiwan yang sangat menakutkan dan boleh jatuhkan air mata tanpa sengaja. ergh
Aku pon tak tau kenapa aku tak boleh dengan haiwan bulu bulu ni. Kucing tu memang lah comel. Tapi kan, sekali dia panjat meja time kat kedai makan, boleh menjerit aku sebab takut punya pasal. Aku start trauma dengan kucing ni masa aku sekolah tadika. Malam tu pergi makan dengan family dekat kedai makan and tengah-tengah syok makan entah dari mana kucing tiba-tiba melompat atas meja and duduk betul-betul depan muka aku. Berselerak pinggan, sumpah menangis aku beb.
Bayangkan sampai sekarang, kalau pergi kedai makan, kaki tak pernah letak bawah. Mesti bersila punya walaupun umur aku sekarang dah besar panjang. Kalau yang tak kenal aku mesti akan cakap, acah acah la minah ni, nak tunjuk comel pulak gedik gedik takut kucing. *pstt aku cakap berdasarkan apa yang aku pernah kena. Maaf ye abang abang akak akak. Aku tak pernah rasa nak acah acah, nak tergedik takut kucing ni. Tapi kalau siapa yang faham je akan rasa apa yang aku rasa.
Aku pernah ada baca satu artikel ni, diperkirakan di dunia ni sebanyak 20% orang mengalami perasaan takut yang luar biasa terhadap kucing. Ketakutan pada kucing merupakan salah satu yang paling umum. Perasaan ketakutan yang luar biasa terhadap kucing ni dikenali denganAilurophobia.
Ailurophobiabukanlah masalah yang ringan sebab orang yang memiliki phobia ini dapat berdampak dan mempengaruhi kehidupan sehari-harinya. Sebahagian besarphobiamuncul akibat pengalaman masa kecil yang sangat menakutkan yang pernah dialami seseorang dan pengalaman ini terlekat dalam fikiran dan terbawa sampai memasuki usia dewasa. petikan dari artikel.
Bukan aku tak pernah cuba untuk sukakan kucing ni, tapi aku tak boleh. Memang kalau nampak kucing, aku rasa macam dia ni nak serang aku. Kadang-kadang malu jugak, pergi rumah sape-sape yang ada bela kucing, memang tak senang duduk lah cerita dia. Takut jugak tuan rumah kata kita ni tak senonoh perangai, tapi nak buat macam mana. Macam aku kata, orang yang takut kucing je tau perasaan bila berdepan dengan haiwan ni macam mana. Perasaan takut, nak nangis, gelisah semua ada.
So, kepada yang sesiapa yang rasa orang yang takut kucing ni main-main, kau tunggu lipas jatuh atas badan kau suatu hari nanti. hahaha
-SH
SH
Sumber & Kredit: iiumc
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qKPYoF
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel Fobia Kucing
Anda sekarang membaca artikel Fobia Kucing dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/fobia-kucing.html