FGV: Kenapa saya dipersalahkan, ia hanya urus niaga biasa - Zakaria

FGV: Kenapa saya dipersalahkan, ia hanya urus niaga biasa - Zakaria - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul FGV: Kenapa saya dipersalahkan, ia hanya urus niaga biasa - Zakaria, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : FGV: Kenapa saya dipersalahkan, ia hanya urus niaga biasa - Zakaria
link : FGV: Kenapa saya dipersalahkan, ia hanya urus niaga biasa - Zakaria

Baca juga


FGV: Kenapa saya dipersalahkan, ia hanya urus niaga biasa - Zakaria

KUALA LUMPUR: “Saya tak nampak kenapa saya harus dipersalahkan atau diberhentikan oleh kerana ‘normal business’ ini.”

Itu reaksi Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Datuk Zakaria Arshad ekoran menerima arahan bercuti serta-merta daripada syarikatnya.

Zakaria diarahkan bercuti untuk memberi laluan kepada siasatan berhubung tunggakan bayaran daripada syarikat Safitex bagi produk keluaran Delima Oil Products Sdn Bhd, sebuah anak syarikat FGV.

Beliau menyifatkan kelewatan bayaran daripada Safitex sebagai satu ‘perkara biasa’ terutamanya dalam dunia perniagaan.


“Bagi saya ini adalah proses normal. Saya menganggap ini bukan perkara yang luar biasa. Bukan melibatkan integrity, governance atau rasuah.

“Ini biasa dalam bisnes. Kalau dengan bank, misalnya, memang perkara biasa kalau ada yang lambat bayar. Cuma kita perlu berusaha untuk kutip hutang itu. Bukannya mereka dah bankrap. Lagipun syarikat itu telah berterus-terang dengan kita yang ia bermasalah.

"Bagi saya, saya tak nampak kenapa saya harus dipersalahkan atau diberhentikan oleh kerana ‘normal business’ ini,” katanya dalam satu temu ramah dengan Buletin AWANI khas petang tadi.

Zakaria turut menzahirkan perasaan sedih terhadap cara isu ini ditangani.

“Perasaan saya sudah tentulah sedih kerana setelah 33 tahun bekerja di FGV, ini merupakan satu sejarah yang amat penting dalam karier saya.

“Sudah tentulah sesiapa yang bekerja selama 33 tahun yang DNAnya ada Felda, tentulah sedih,” katanya lagi.

Tambah Zakaria lagi, beliau sedia bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya siasatan dilakukan.

“Saya menyeru kepada SPRM supaya datang ke FGV, lihat FGV secara keseluruhannya. Tengok secara keseluruhan. Jangan pilih-pilih. Sama-sama kita clear the air. Senang,” tambahnya.

Sebelum ini, Pengerusi FGV, Tan Sri Isa Samad mengesahkan pihaknya telah menyerahkan surat kepada Zakaria mengarahkan beliau bercuti serta-merta.

Isa dalam satu media khas yang disiarkan secara langsung di Astro AWANI hari ini mengesahkan bahawa satu Jawatankuasa Eksekutif Lembaga Pengarah yang terdiri daripada dua pengarah FGV, Datuk Dr Omar Salim dan Datuk Mohd Zafer Mohd Hashim, bersama-sama dengan Ketua Kelompok Logistik, Azman Ahmad, akan mengambil alih tanggungjawab untuk melaksanakan fungsi Presiden Kumpulan / Ketua Pegawai Eksekutif.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2syyUn7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel FGV: Kenapa saya dipersalahkan, ia hanya urus niaga biasa - Zakaria

Sekianlah artikel FGV: Kenapa saya dipersalahkan, ia hanya urus niaga biasa - Zakaria kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel FGV: Kenapa saya dipersalahkan, ia hanya urus niaga biasa - Zakaria dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/fgv-kenapa-saya-dipersalahkan-ia-hanya.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :