Duta Malaysia di Chile kena rompak

Duta Malaysia di Chile kena rompak - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Duta Malaysia di Chile kena rompak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Duta Malaysia di Chile kena rompak
link : Duta Malaysia di Chile kena rompak

Baca juga


Duta Malaysia di Chile kena rompak

MALAYSIAKINI


Duta Malaysia di Chile, Datuk Dr Mohamad Rameez Yahaya kehilangan sejumlah barangan kemas dan wang seleas dirompak sekumpulan lima penjenayah yang memecah masuk kediamannya di Las Flores Avenue, Las Condes, Chile.

Perompak berkenaan juga dilaporkan memukul kepala duta itu dan mengancam untuk membunuh anak-anaknya dan memotong telinga isterinya sekiranya beliau tdak memberikan kerjasama.

"Perompak itu mengambil semua barang kemas milik anak dan isteri selain meminta sejumlah wang.

"Jika saya enggan berikan, mereka mengancam untuk membunuh anak-anak saya," katanya kepada portal Chile, Biobiochile.cl, yang dipetik akhbar Berita Harian.

Kejadian dilaporkan berlaku pada jam 11.15 malam semalam (Ahad) waktu tempatan (11.15 pagi Isnin waktu Malaysia).

Lima individu yang dipercayai warga tempatan itu dikatakan memasuki rumah berkenaan sebelum mengikat tangan mangsa, isteri serta lima anak mereka.

Dr Mohamad Rameez yang ditemui media tempatan beberapa jam selepas kejadian, mengesahkan bahawa dirinya dipukul di kepala sebelum tangannya diikat.

Katanya, kejadian menyebabkan mereka sekeluarga trauma namun bersyukur kerana terselamat.

Sementara itu, polis Chile sudah menyiasat tempat kejadian termasuk mengambil kesan cap jari serta memeriksa kamera litar tertutup (CCTV) di kediaman itu.

Dalam pada itu, sumber Wisma Putra ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memaklumkan duta dan keluarganya selamat.

Usaha menghubungi Mohamad Rameez untuk mengulas juga tidak berjaya



Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel Duta Malaysia di Chile kena rompak

Sekianlah artikel Duta Malaysia di Chile kena rompak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Duta Malaysia di Chile kena rompak dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/duta-malaysia-di-chile-kena-rompak_13.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :