Judul : Duit Raya : Kerelaan Hati Atau Paksaan Persekitaran?
link : Duit Raya : Kerelaan Hati Atau Paksaan Persekitaran?
Duit Raya : Kerelaan Hati Atau Paksaan Persekitaran?
Tinggal kurang dari 10 hari sahaja lagi dalam bulan Ramadhan dan kita bakal merayakan Hari Raya Aidilfitri. Kelihatan orang ramai semakin berpusu-pusu ke pusat membeli belah bagi mempersiapkan diri untuk menyambut Syawal yang bakal tiba. Tak kurang juga ramai yang sudah memuatnaik gambar duit raya yang ditukar serta sampul-sampul duit raya pelbagai corak di media sosial Facebook dan Instagram. Bagaimana dengan anda?
Bercakap pasal duit raya, ada yang tak sabar nak berikan kepada sanak saudara serta kanak-kanak yang berkunjung ke rumah, dan ada juga yang garu kepala. Kerelaan hati atau paksaan persekitaran? Saban hari, kadar duit raya semakin meningkat seolah-olah ia mengikut perkembangan ekonomi dunia.
Bagi kanak-kanak zaman dahulu, pakcik, makcik atau saudara terdekat (keluarga kebanyakan) biasanya akan memberi duit raya dalam lingkungan RM1 hingga RM5, kalau dapat RM10 itu memang sangat bertuah dah. Dan bagi kanak-kanak yang membuat "lawatan" rumah ke rumah, duit raya akan diberikan dalam lingkungan 20 sen sehingga 50 sen. Sangat jarang untuk dapat RM1 (syiling emas).
Penulis pernah diberikan 5 sen sahaja, dan lagi 5 sen digantikan dengan sebiji gula-gula. Jika dikira total adalah 10sen. Muka berkerut juga, tapi tak apa, banyak lagi rumah.
Namun, disebabkan perubahan zaman dan ekonomi, sudah tidak relevan untuk kita memberikan duit raya hanya 10 sen. Ia seolah-olah seperti satu lawak jenaka yang boleh buat semua orang ketawa. Bahkan, RM1 yang dulunya boleh membuatkan kita tersenyum lebar kini boleh dipersoalkan oleh kanak-kanak, "RM1 je ke bang?".
Bagi mereka yang bergaji besar sudah tentulah ia tidak memberikan sebarang masalah untuk memberikan duit raya yang banyak kepada kanak-kanak, tetapi perkara sebaliknya bagi mereka yang bergaji kecil dan tidak mampu. Jadi, ia seakan-akan memberi impak buruk kepada mereka yang bergaji kecil, kanak-kanak akan kata mereka ini kedekut.
Di sinilah anda perlu berfikiran lebih matang, dan tidak membandingkan dengan orang lain lebih-lebih di kala keadaan ekonomi yang sedang tenat. Jika anda mampu, beri lebih, jika tidak, cukup ala kadar sahaja. Jangan sampai nak menjaga status dan air muka sehinggakan anda makan maggi lepas raya, takpun sampai takut nak keluar beraya.
Jika ekonomi anda tahun ini sangat teruk, tidak salah jika anda tidak memberikan duit raya. Hidup anda bukan hanya nak difokuskan pada satu hari atau seminggu raya ini sahaja, masih banyak bulan lain yang anda perlu fikirkan, jadi bak kata matsaleh, "Don't sweat it la brader,".
Dalam hal ini, kita tak perlu ambil hati dengan kanak-kanak kerana mereka belum matang, dan jika anda berikan RM1 pun, mereka tetap akan ambil, dan berlalu. Selesai Syawal, mereka tidak akan lagi ingat dan "judge" kalau anda berikan RM1.
Apa yang penting adalah anda berikan ikut kemampuan diri anda, dan niat untuk menggembirakan kanak-kanak. Itu sudah cukup. Tidak perlu anda mahu berlumba-lumba atau menunjuk-nunjuk, bahkan tak perlu malu jika tak boleh beri banyak. Ia bukanlah perkara wajib.
Jika beri duit raya menjadi satu beban dan membuatkan anda terfikir panjang sepanjang perjalanan anda untuk balik kampung, ia sudah menjadi sesuatu yang tidak elok. Jika ada saudara mara yang perli anda, "Eh bagi seringgit je ke?", ia tidak menunjukkan siapa anda tetapi menunjukkan siapa mereka.
Jadi jangan jadikan budaya memberi duit raya satu beban, tetapi sebagai sesuatu yang menceriakan Hari Raya, baik bagi kanak-kanak mahupun anda. Ia dimulakan bertujuan menambahkan kegembiraan pada golongan kanak-kanak yang menerima dan juga golongan dewasa yang memberi.
Sama ada RM1 atau RM100, nilainya terletak kepada niat anda, bukan pada penghargaan kanak-kanak terhadap anda. Yang penting ia tidak membebankan hati dan minda anda. Chill la, raya mesti kena happy kan!
✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sDjK3g
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel Duit Raya : Kerelaan Hati Atau Paksaan Persekitaran?
Anda sekarang membaca artikel Duit Raya : Kerelaan Hati Atau Paksaan Persekitaran? dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/duit-raya-kerelaan-hati-atau-paksaan.html