Dua lelaki maut tercampak dari kereta

Dua lelaki maut tercampak dari kereta - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dua lelaki maut tercampak dari kereta, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dua lelaki maut tercampak dari kereta
link : Dua lelaki maut tercampak dari kereta

Baca juga


Dua lelaki maut tercampak dari kereta


Dua lelaki maut tercampak dari kereta
Proton Saga dinaiki mangsa remuk selepas berlanggar dengan Audi A5, pagi tadi menyebabkan dua mangsa terkorban. 
 

KAMUNTING - Dua lelaki maut selepas tercampak keluar dari kereta yang dinaiki mereka berlanggar dengan kereta mewah jenis Audi A5 di Jalan kamunting Lama, berhadapan dengan Kem Sangro di sini, pagi tadi.

Dalam nahas kira-kira jam 5.37 pagi itu, S Yugandren, 27, dan rakannya, M Kalidasan, 25, yang merupakan penumpang hadapan dan belakang Proton Saga berkenaan disahkan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah yang dialami mereka.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah berkata, pemandu Proton berusia 26 tahun mengalami kecederaan dibahagian kepala telah mendapatkan rawatan di Hospital Taiping.

Menurutnya, siasatan mendapati pekerja swasta berusia 47 tahun yang memandu kenderaan terbabit dipercayai dalam perjalanan dari Batu Kurau menuju ke Taiping manakala, kereta mangsa dari arah bertentangan .

“Siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku apabila kenderaan yang dinaiki kedua-dua mangsa telah memasuki laluan bertentangan menyebabkan pemandu Audi berkenaan tidak sempat mengelak.

“Kereta berkenaan telah melanggar sisi kiri Proton Saga terbabit menyebabkan kedua-dua mangsa terpelanting keluar dari kereta dan disahkan maut ditempat kejadian,” katanya.

Harrith Kam berkata, kedua-dua mangsa kemudiannya dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Taiping untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh ahli keluarga masing-masing.

“Pemandu Audi berkenaan hanya mengalami luka ringan di tangan kanan. Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.


 

Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel Dua lelaki maut tercampak dari kereta

Sekianlah artikel Dua lelaki maut tercampak dari kereta kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dua lelaki maut tercampak dari kereta dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/dua-lelaki-maut-tercampak-dari-kereta.html

Subscribe to receive free email updates: