BANGKOK – Dua orang cedera apabila sebuah bom kecil buatan sendiri meletup di hadapan bangunan UNESCO di Jalan Sukhumvit yang sibuk di sini tengah hari tadi.
Pihak polis mengesyaki kejadian pada pukul 1.30 tengah hari waktu tempatan itu berpunca daripada bom yang dipanggil bom ping pong oleh penduduk tempatan.
“Dua mangsa terjumpa sebuah objek bulat tersembunyi berhampiaran pagar bangunan itu dan cuba membukanya, apabila ia tiba-tiba meletup dan mencederakan mereka,” kata Timbalan Ketua Biro Polis Metropolitan, Mej Jen Surachai Kuandechakup.
Beliau berkata mangsa yang merupakan pembersih jalan dimasukkan ke hospital berdekatan dan kejadian tidak mempunyai kaitan dengan Pertubuhan Bangsa Bersatu.
Surachai berkata sebaliknya pihak polis percaya bom tersebut mungkin milik kumpulan pelajar di sebuah sekolah berdekatan yang berkelahi dan akan digunakan dalam perkelahian mereka kelak. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2siD6I5
Demikianlah Artikel Dua Cedera Bom Meletup Di Bangkok
Sekianlah artikel Dua Cedera Bom Meletup Di Bangkok kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Dua Cedera Bom Meletup Di Bangkok dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/dua-cedera-bom-meletup-di-bangkok.html