Dilema Penjamin

Dilema Penjamin - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dilema Penjamin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dilema Penjamin
link : Dilema Penjamin

Baca juga


Dilema Penjamin

Dilema Penjamin

Dilema Seorang Penjamin

Salam admin & semua warga IIUM C.
Kalau bercakap tentang menjadi penjamin atau guarantor mesti ramai yang dah tau apa risikonya kan. Aku juga tak lari dari menghadapi masalah yang sama sebagai seorang penjamin.

Biar aku mulakan dengan sedikit pengenalan tentang latar belakang aku. Aku datang dari keluarga yg pernah berpecah belah, ayah yang berkahwin ramai dan mempunyai ramai adik beradik dari ibu yg berbeza ( ada adik beradik yg lebih tua & muda dari aku). Hakikatnya, sebagai seorang ketua keluarga, segala urusan rumahtangga diserahkan bulat2 kepada setiap isteri. Walaupun begitu, berkat dari kesabaran & arwah mak aku ( sebagai isteri yg paling tua) semua anak-anak ayah aku ni ( kira aku adik beradik lain mak) boleh dikatakan agak rapat.

Kami semua mengamalkan system, adik beradik yg tua bila dah kerja akan bantu & support adik beradik yg di bawah baik dari segi moral & perbelanjaan sekolah. Aku, tak terkecuali meneruskan warisan ni di mana, setelah aku bekerja, aku akan tolong adik2 di bawah walaupun berlainan mak ( disebabkan aku yg bongsu anak arwah mak aku).
Dilema aku bermula apabila adik ( lain mak) aku ni mula sambung degree di KL & buat part-time berniaga ( so, pocket money utk dia belajar, dia cari sendiri dengan keje dgn orang).

Disebabkan keluarga kami bukanla di kalangan org berada ( ayah dah tua & sudah tidak mampu bekerja), segala perbelanjaan perlu dicari sendiri. Seperti yg aku dah terangkan di atas, adik2 yg di bawah, kalua perlukan bantuan akan cari kakak2 atau abg2 mereka.
Memandangkan dia sedang sibuk untuk menghabiskan degree nya & sibuk mencari duit poket sendiri, dia meminta pertolongan aku untuk membeli kereta supaya senang dia berulang alik. Ketika itu syarikat pengeluar kereta tempatan ada membuat pakej dan tawaran untuk student IPT membeli kereta dengan promosi yg hebat. Untuk pengetahuan korang, adik aku ni yang seorang ni memang jenis yang berjimat cermat & pandai menyimpan & aku tau simpanannya banyak sehinggakan pernah adik beradik aku yang lain meminjam wang darinya untuk di jadikan deposit untuk membeli kereta.

Disebabkan adik aku ni masih seorang student & masih di bawah umur 25 tahun, jadi bank yg menawarkan pinjaman meletakkan syarat utk mencari seseorang sbg penjamin & korang mesti dah duga kan, aku la orang yg willingly jadi guarantor untuk adik aku tu.

The best part is, masa nak sign surat, sekali lagi aku dah terkena, bukan takat jadi penjamin tapi tiap2 bulan duit loan akan di tolak terus dari akaun bank aku. Tanpa piker panjang ( ya, ramai yg cakap aku bodoh tiap kali aku ceritakan hal ni kat adik beradik lain & kawan2 rapat aku) aku pun setuju ajela. Sayangkan adik punya pasal sampai kat suami aku pun aku rahsiakan hal ni. Tak nak bising.
Setahun berlalu, setiap bulan adik aku tak pernah failed bayar balik duit loan masuk ke akaun aku, on-time.

Namun, semuanya berubah setelah adik aku pada ketika aku masih lg belajar, decided untuk kahwin. Prinsip aku senang, nak kahwin, kahwinla daripada duk buat maksiat kan. Alhamdulillah, segala urusan perkahwinan berjalan lancer, maka hidupla mereka suami isteri tenang, aman & bertoleransi. Dan dilemma akupun bermula. Beberapa bulan lepas kahwin, duit kereta dah mula lambat bayar,kadang2 missed 1 bulan & hal ni terus berpanjangan. Aku pernah menasihatinya, supaya berbincang dengan suami & rancangla betul-betul. Apa yg lebih mengejutkan, dia sendiri merahsiakan hal ini ( loan kereta & aku sebagai penjamin ) dari suaminya. Aku jadi pelik dan bengang.

Sekarang ni, hal ni menjadi makin parah kerana dia sudah disahkan mengandung & sedang menunggu masa untuk bersalin. Dan aku, sampai sekarang masih di dalam dilemma. Apa perlu aku buat? Nak di marah2 nanti ada yg menuduh aku sebagai seorang kakak yg kejam. Tak peka dengan keadaan adik aku yang tengah sarat tu. Tapi, dalam masa yg sama aku naik geram. Whatsapp tidak di balas. Aku masih tertanya-tanya, adakah si suami tahu tentang hal ini, apa tindakan si suami. Tak pernahkah si suami terpikir atau bertanya ttg segala komitmen yg ditanggung oleh adik aku tu? Apa perancangan mereka. Kalau tiada sebarang tindakan, nampak gayanya aku yang bodoh ni la terpaksa menanggung duit bayaran kereta tiap2 bulan. Dah terang-terangan adik aku tu tak mampu bekerja dan cari duit, mana lagi dalam pantang kelak.

Apa patut aku buat? Nak diceritakan pada ahli keluarga, nanti keruhkan lg keadaan. Ada sesiapa yang boleh bagi pandangan? Kejam kah aku di kala ini aku bising kepada adik aku yg tengah sarat? Kejamkah aku sentiasa cuba whatsapp untuk ingatkan dia tentang tanggungjawab & komitmen dia tu?Kadang-kadang hati jahat aku ni piker tentang yg bukan2. Kalau aku tau dia akan kahwin awal, takkan aku setuju jadi penjamin. Kalau aku tau janjinya tu tak boleh di pakai, takkan aku setuju utk jd penjamin & pembayar loan sukarela. Sekarang ni, mmg akula yg terkena. Mereka, senang hidup bahagia update FB shopping persiapan kelengkapan baby yg bakal lahir & sempat pergi makan angin lg..Dan aku? Macam nila, baik tak bertempat sampai makan diri sendiri.

Sekian.

Pendilema

Sumber & Kredit: iiumc



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s8lroA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel Dilema Penjamin

Sekianlah artikel Dilema Penjamin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dilema Penjamin dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/dilema-penjamin.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :