Judul : Dilapor dera kucing, Vaterinar dan Jabatan Perhilitan serbu rumah Aliff Syukri
link : Dilapor dera kucing, Vaterinar dan Jabatan Perhilitan serbu rumah Aliff Syukri
Dilapor dera kucing, Vaterinar dan Jabatan Perhilitan serbu rumah Aliff Syukri
Gara-gara dakwaan mendera kucing peliharaannya bernama Dodi, dua agensi penguat kuasa membuat serbuan terhadap ahli perniagaan produk kesihatan popular, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman di rumahnya, semalam.
Operasi yang disertai kira-kira 15 anggota daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS) dan Jabatan Perhilitan (Perhilitan) Selangor itu, dilakukan sekitar jam 10 pagi.
Menurut jurucakap penguat kuasa veterinar, operasi itu mengambil masa kira-kira sejam untuk melakukan pemeriksaan fizikal dan tempat peliharaan Dodi.
“Kami melakukan operasi ini setelah menerima puluhan aduan orang awam. Setelah diperiksa, kami dapati Datuk Aliff tidak melakukan sebarang penderaan terhadap kucingnya.
“Malah, Datuk Aliff mempunyai permit sah untuk membeli kucing tersebut,” katanya.
Namun, pihaknya menasihatkan pengasas D’Herbs Holdings itu supaya melakukan beberapa penambahbaikan terhadap tempat peliharaan Dodi.
“Kami menasihati Datuk Aliff supaya menyediakan alas kucing yang lebih selesa dan menyediakan kawasan pengudaraan yang lebih baik untuk kucingnya.
“Kami sarankan beliau supaya buat Pet pasport supaya kucingnya ada rekod perubatan lebih sistematik,” katanya.
Sementara itu, Aliff, 30, berkata, beliau terkejut apabila pihak berkuasa ke rumahnya untuk melakukan pemeriksaan terhadap Dodi, kucing baka Savannah.
Beliau juga akui kesal dengan laporan oleh pihak tertentu, namun bersyukur dengan operasi itu membuktikan beliau tidak melakukan penderaan terhadap haiwan kesayangannya itu.
“Anggota pihak berkuasa terkejut bila lihat saiz Dodi, yang agak besar daripada tumbesaran yang sepatutnya dan mereka menasihatkan saya supaya kurangkan kuantiti makanannya.
“Pihak berkuasa juga minta saya sediakan tempat habitat yang sesuai dengan Dodi. Insya-ALLAH, saya akan bina habitat sesuai untuknya,” katanya.
Dengan operasi itu, Aliff berharap segala dakwaan mengatakan beliau mendera kucingnya, yang kini berusia dua tahun lebih dihentikan serta-merta.
Sumber: Sinar Harian
Sumber Dilapor dera kucing, Vaterinar dan Jabatan Perhilitan serbu rumah Aliff Syukri
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sIO38s
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel Dilapor dera kucing, Vaterinar dan Jabatan Perhilitan serbu rumah Aliff Syukri
Anda sekarang membaca artikel Dilapor dera kucing, Vaterinar dan Jabatan Perhilitan serbu rumah Aliff Syukri dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/dilapor-dera-kucing-vaterinar-dan_25.html