Dakwaan terbaru DOJ, RM17 bilion diseleweng biaya kehidupan mewah pemimpin tertinggi negara, Azizah tuntut sidang tergempar

Dakwaan terbaru DOJ, RM17 bilion diseleweng biaya kehidupan mewah pemimpin tertinggi negara, Azizah tuntut sidang tergempar - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dakwaan terbaru DOJ, RM17 bilion diseleweng biaya kehidupan mewah pemimpin tertinggi negara, Azizah tuntut sidang tergempar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dakwaan terbaru DOJ, RM17 bilion diseleweng biaya kehidupan mewah pemimpin tertinggi negara, Azizah tuntut sidang tergempar
link : Dakwaan terbaru DOJ, RM17 bilion diseleweng biaya kehidupan mewah pemimpin tertinggi negara, Azizah tuntut sidang tergempar

Baca juga


Dakwaan terbaru DOJ, RM17 bilion diseleweng biaya kehidupan mewah pemimpin tertinggi negara, Azizah tuntut sidang tergempar

Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Ismail menuntut sidang tergempar parlimen diadakan segera.

Ini susulan saman sivil pelucuthakan terbaru Jabatan Keadilan (DOJ), Amerika Syarikat (AS) bagi merampas aset-aset berkaitan 1MDB.

“Mengadakan sidang tergempar di luar waktu persidangan Parlimen bukanlah amalan yang luar daripada kebiasaan.

“Terutama sekali apabila isu yang dibincangkan itu melibatkan kepentingan rakyat dan negara,” kata Azizah.

Beliau mengingatkan bahawa Malaysia pernah mengadakan sidang tergempar pada Julai 2014 bagi membincangkan insiden pesawat MH17 yang ditembak di Ukraine serta sidang khas mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) pada Januari 2016.

Beliau menggesa perdana menteri mengemukakan usul itu kerana hanay Datuk Seri Najib Razak boleh berbuat demikian, berdasarkan peraturan dewan.

“Maka dengan ini saya menggesa perdana menteri memanggil sidang tergempar parlimen segera yang mungkin bagi membincangkan dakwaan terbaru oleh DOJ.

“Lantas dapat membersihkan nama negara dari sebarang cemuhan dan tohmahan,” katanya dalam kenyataan.

Menyentuh langkah DOJ pada Khamis, beliau berkata isu itu telah menjadikan dana 1MDB mendapat perhatian dunia sekali lagi.

“Tambah memeranjatkan apabila timbul dakwaan terbaru bahawa sebanyak RM17 bilion telah diseleweng oleh ‘pegawai tertinggi negara’ untuk membiayai kehidupan serba mewah,” katanya.

Saman terbaru itu mendedahkan beberapa perkara termasuk bagaimana wang yang amat besar digunakan untuk membeli karya seni, hartanah, melabur dalam filem Hollywood, membeli kapal layar dan rantai berserta loket berlian bernilai puluhan juta dolar.

Peguam Negara (AG) Tan Sri Mohamed Apandi Ali membidas DOJ atas “sindiran” terhadap perdana menteri dalam saman itu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak pula mengutuk keras tindakan pembangkang yang menurutnya sanggup mengetepikan kedaulatan negara apabila menggunakan kuasa asing untuk mencampuri urusan politik negara.

Beliau mendakwa mereka sanggup memanipulasi saman sivil DOJ sebagai senjata politik semata-mata untuk menjatuhkan pemimpin negara dan menjayakan matlamat peribadi.

Sumber: Malaysiakini

Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tyd3Mi

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel Dakwaan terbaru DOJ, RM17 bilion diseleweng biaya kehidupan mewah pemimpin tertinggi negara, Azizah tuntut sidang tergempar

Sekianlah artikel Dakwaan terbaru DOJ, RM17 bilion diseleweng biaya kehidupan mewah pemimpin tertinggi negara, Azizah tuntut sidang tergempar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dakwaan terbaru DOJ, RM17 bilion diseleweng biaya kehidupan mewah pemimpin tertinggi negara, Azizah tuntut sidang tergempar dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/dakwaan-terbaru-doj-rm17-bilion.html

Subscribe to receive free email updates: