Judul : Dada,Tangan Dan Kaki Melecur Di Tekap Seterika Panas, Penuntut UPNM Meninggal Dunia Akibat Di Dera Rakan.
link : Dada,Tangan Dan Kaki Melecur Di Tekap Seterika Panas, Penuntut UPNM Meninggal Dunia Akibat Di Dera Rakan.
Dada,Tangan Dan Kaki Melecur Di Tekap Seterika Panas, Penuntut UPNM Meninggal Dunia Akibat Di Dera Rakan.
SEORANG penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) meninggal dunia petang semalam selepas dipercayai didera rakan dengan seterika wap lapor Harian Metro.
Mangsa, Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, pegawai kadet laut tahun tiga dipercayai memiliki kesan melecur akibat ditekap dengan seterika wap di bahagian dada, tangan dan kakinya.
Mengesahkan kejadian itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam Twitternya menyatakan rasa sedih dengan berita kematian mangsa.
“Innalillah... sedih dan pilu pagi ini dengar berita kematian Pegawai Kadet Laut @upnm, Zulfarhan Osman bin Zulkarnain. Al Fatihah.
“Saya telah arahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan UPNM untuk jalankan siasatan dengan kadar segera. Tiada siapa akan terlepas daripada tindakan undang-undang jika didapati bersalah, " katanya.
“Arwah adalah anak harapan keluarga ini dan tidak sangka dia meninggalkan kami dalam keadaan begini.”
Itu yang diluahkan Zulkarnain Idrus, 53, bapa kepada penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, yang meninggal dunia petang semalam selepas dipercayai didera rakan dengan seterika wap.
Menurut bapanya, dia melihat kesan melecur akibat ditekap dengan seterika wap di bahagian dada, tangan dan kakinya pada jenazah anaknya sebelum dibedah siasat.
Katanya, kali terakhir dia bercakap dengan Allahyarham dua hari sebelum Ramadan dan mangsa ada mengadu dengan ibunya, Hawa Osman yang dia dipukul rakan-rakan di universiti namun mereka menyangka ia tidak serius.
“Dia adalah harapan kami sekeluarga. Saya harap dia boleh bimbing adik-adiknya selepas dia berjaya.
“Kami reda dengan pemergiannya namun meminta pengurusan UPNM dan Angkatan Tentera Malaysia untuk menyiasat kejadian ini dengan telus dan adil,” katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Serdang.
-Pen Merah Press
-Pen Merah Press
✍ Sumber Pautan : ☕ Edia Media
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rBeNql
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel Dada,Tangan Dan Kaki Melecur Di Tekap Seterika Panas, Penuntut UPNM Meninggal Dunia Akibat Di Dera Rakan.
Sekianlah artikel Dada,Tangan Dan Kaki Melecur Di Tekap Seterika Panas, Penuntut UPNM Meninggal Dunia Akibat Di Dera Rakan. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Dada,Tangan Dan Kaki Melecur Di Tekap Seterika Panas, Penuntut UPNM Meninggal Dunia Akibat Di Dera Rakan. dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/dadatangan-dan-kaki-melecur-di-tekap_3.html