Judul : Cara Menghalau Anai-Anai Tanpa Gunakan Racun
link : Cara Menghalau Anai-Anai Tanpa Gunakan Racun
Cara Menghalau Anai-Anai Tanpa Gunakan Racun
Jika lambat bertindak maka akan lebih banyak perabot di rumah yang akan dirosakkan anai-anai. Bukan hanya itu saja, keselamatan keluarga anda juga boleh terancam andai tiang kayu rumah reput dan akhirnya roboh dimamah anai-anai.
Jadi kali ini laicikang.com akan berkongsi petua bagaimana untuk mengatasi masalah anai-anai di rumah anda.
1. Air kapur sirih
Air kapur sirih memang popular untuk menyelesaikan masalah serangga, salah satunya adalah anai-anai. Anai-anai sangat tidak menggemari kapur sirih yang mempunyai sifat yang panas bagi tubuh mereka. Oleh itu, siramkanlah air kapur sirih ini ke tempat di mana anai-anai berada. Air ini juga boleh diletakkan ke bekas penyembur untuk memudahkan anda menggunakannya.
2. Air tembakau
Rendam tembakau dalam air selama satu malam. Penyerapan ini bertujuan untuk mengeluarkan sari yang ada di dalam tembakau tersebut. Setelah siap, boleh siram atau semburkan air tersebut ke sarang anai-anai.
3. Garam
Masalah anai-anai juga boleh diatasi dengan cukup cukup mudah dengan menggunakan garam dapur. Cukup taburkan garam di sekitar sarang anai-anai, maka serangga kecil itu pun akan terus menghindarinya. Supaya lebih berkesan, anda juga boleh mencampurkannya dengan air tembakau dan kemudian semburkan ke lubang-lubang yang menjadi tempat persembunyian.
4. Minyak tanah
Hampir semua serangga takut pada minyak tanah, tidak terkecuali anai-anai kayu ini. Untuk menghalang anai-anai anda hanya perlu menyiram atau menyembur kawasan yang menjadi sarang anai-anai tersebut. Tidak perlu menunggu lama, anai-anai tersebut akan terus pecut keluar.
5. Jemur kayu / perabot kayu
Oleh kerana anai-anai sangat suka di tempat yang lembab, dingin dan terlindung, maka meletakkannya di tempat yang panas akan menjadi boleh menyebabkannya sakit. Jadi jika ada perabot rumah anda yang dihuni oleh anai-anai, jemurlah perabot tersebut di bawah sinar matahari. Lakukanlah penjemuran ini secara rutin hingga anai-anai lari dari tempat tersebut.
6. Air Basuhan Beras
Air basuhan beras sering dipandang remeh padahal mempunyai kelebihan yang sangat besar. Betul, air itu ternyata boleh mengusir anai-anai dari sarangnya. Caranya juga agak senang kerana anda hanya perlu menyemburkan air basuhan beras tersebut di sekeliling tempat diduduki anai-anai sahaja.
Jika rumah sudah tbebas dari anai-anai, maka rumah kita akan jadi lebih bersih dan selesa. Anda juga tidak perlu mengeluarkan kos banyak untuk menukar perabot yang rosak ataupun memperbaiki tiang kayu rumah anda.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rDlHLu
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel Cara Menghalau Anai-Anai Tanpa Gunakan Racun
Anda sekarang membaca artikel Cara Menghalau Anai-Anai Tanpa Gunakan Racun dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/cara-menghalau-anai-anai-tanpa-gunakan.html